21
Kha, Jun
80 ARTIKEL BARU

Isu Haid: Pro-Pembangkang Putar-Belitkan Kenyataan Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Krisis MB Selangor
Typography
THE KAJANG MOVE Ahli politik, media dan NGO Pro-pembangkang telah memutar-belitkan kenyataan Datuk Mohd Hafarizam Harun yang kononnya menghina kaum wanita dengan menyatakan bahawa Wan Azizah tidak boleh menjadi Menteri Besar kerana didatangi haid. Datuk Mohd Hafarizam juga dikecam oleh pelbagai pihak termasuk ahli politik BN sendiri akibat daripada kenyataan beliau yang diputar-belitkan itu. Pelbagai NGO pro-pembangkang secara melulu telah mengambil kesempatan ini untuk terus menghentam Hafarizam. Tajuk berita seperti yang terpampang di lawan berita pro-pembangkang, Malaysia Insider "Umno letak wanita seperti di zaman jahiliyah, kata pemimpin politik, NGO" secara jelas ingin mengundang kemarahan orang ramai terutamanya dari kaum wanita. Kenyataan asal Datuk Hafarizam di dalam New Straits Times
"Article 51 (2) of the Selangor State Constitution 1959 only stipulated criteria that no person should be appointed as menteri besar "unless he is of the Malay race and professes the Muslim Religion", prompting several opposition party leaders to endorse the idea of a woman menteri besar. And although according to legal canons of interpretations which dictated that anything masculine could also be referred to as feminine, menteris besar have been appointed among men since Independence. "This is because should a woman menteri besar suffer from 'uzur syarie', there will be a number of obstacles for her to accompany the Sultan at several religious functions. "Hence, the article under the Selangor constitution for example may not hinder a woman from becoming a menteri besar, but by convention there could be problems due to the said circumstances," explained constitutional expert Datuk Mohd Hafarizam Harun."
Kenyataan sebenar beliau merujuk kepada keadaan pentadbiran di Selangor yang mendaulatkan institusi Sultan dan Islam. Akan menimbulkan beberapa kesulitan di masa akan datang sekiranya seorang wanita menjadi Menteri Besar kerana ucapara-upacara dan majlis rasmi di Selangor kebanyakannya berkait rapat dengan Islam. Perlu difahamkan juga bahawa tidak sekalipun Datuk Hafarizam menyebut tentang perkataan 'haid' namun yang beliau gunakan adalah uzur shar'ie. Walaupun merujuk kepada perkara dan situasi yang sama, namun penggunakan uzur shar'ie digunakan dikaitkan dengan mengiringi Sultan semasa upacara keagamaan. Malah tidak sekalipun Datuk Hafarizam menyatakan bahawa seorang wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar di Selangor. Ramai juga pemimpin pro-pembangkang seperti Ambiga, Latheefa Koya mengaitkan pemimpin-pemimpin dunia yang lain seperti Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Brazil Dilma Rouseff malah menggunakan contoh pemimpin Islam seperti Benazir Bhutto untuk merasionalkan hujah mereka. Namun begitu, perlu difahamkan bahawa di Malaysia secara amnya ataupun Selangor secara khusus mempunyai sistem yang berlainan dengan negara-negara tersebut. Malah, Selangor dinaungi oleh Sultan yang mendaulatkan Islam sebagai agama bagi negeri itu, berbeza dengan negara-negara yang disebut oleh pemimpin pembangkang. Malah, di dalam artikel yang sama, kenyataan Datuk Mohd Hafarizam telah disokong oleh pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof. Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz.
"A law lecturer with Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Associate Professor Dr Shamrahayu Abdul Aziz agreed with Hafarizam, saying that in terms of practicality, a female menteri besar might go through difficulties when escorting the Sultan of Selangor for formal occassions as they have to sit separately in accordance to the formalities. "There is no specification in the state laws that does not allow for a woman to be the menteri besar. The main requirements are for the candidate to be Muslims and Malay. But we also have to take into account sensitivities and taboo in society, as well as whether we are ready for a female menteri besar. "Even so, women in Malaysia have shown incredible track record in leadership and appointment to high positions in the government and private sector. If the candidate for menteri besar fulfills all the requirements and is credible to lead the state, then we have nothing to worry about," she said."
Secara jelas, niat Datuk Hafarizam bukan untuk menghalang seorang wanita untuk menjadi Menteri Besar, tetapi beliau ingin menyatakan bahawa akan terdapat beberapa halangan yang bakal dihadapi di negeri Selangor sekiranya seorang wanita dilantik menjadi Menteri Besar.