20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

KUALALUMPUR : Barisan Nasional tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Gelugor selepas MCA mengambil keputusan untuk tidak menampilkan calon berasaskan keperluan strategi parti itu, sumber-sumber BN memberitahu. Pengumuman rasmi mengenai keputusan itu dijangka diumumkan oleh ibu pejabat MCA sendiri petang nanti. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akur kepada keputusan MCA untuk tidak bertanding dan yang tinggal sekarang hanyalah untuk pengumuman rasmi," sumber itu berkata.

Penamaan calon untuk PKR Bukit Gelugor adalah Isnin ini dan hari mengundi pada 25 Mei. Keputusan MCA itu akan membuka ruang lebih luas untuk DAP mengekalkan kerusi parlimen itu dengan majoriti lebih besar. Tanpa BN, DAP hanya akan berdepan dengan calon-calon bebas dan naib presiden Persatuan Cinta Malaysia Datuk Huan Chen Guan. Seorang ahli PAS, Mohd Nabi Abd Sathar juga mahu bertanding di Bukit Gelugor untuk meningkatkan kesedaran pengundi kubu kuat DAP itu mengenai hudud. DAP akan mengumumkan calonnya untuk PRK itu tengah hari nanti.

Antara nama yang disebut ialah Ramkarpal Singh, anak kepada penyandang kerusi itu Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu

Baca Selanjutnya...

PRK Bukit Gelugor semakin rancak apabila ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohamed Abd Nabi Sathar, 63 mengumumkan siang tadi untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gelugor. Beliau yang di iringi oleh penyokongnya telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Pulau Pinang bagi mengisi borang dokumen pilihan raya. Mohamed Nabi Bux berkata beliau akan berjuang untuk pelaksanaan hudud di Pulau Pinang pada tahun 2020 jika beliau menang kerusi itu. "Saya bermimpi bahawa Pulau Pinang akan menjadi

Baca Selanjutnya...

GEORGETOWN : Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas. Ramkarpal memperoleh 41,242 undi manakala calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dengan 3,583 undi. Dua lagi calon Bebas, Mohamad Nabi Bux Mohd Abd Sathar mendapat sebanyak 299 undi dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan yang juga seorang peguam sekadar memperoleh 225
Baca Selanjutnya...

GEORGE TOWN: Calon Bebas penuh kontroversi Abu Backer Sidek Mohamad Zan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor pada saat akhir. Perkara itu diumumkan dihadapan penyokong dan seorang lagi calon Bebas, Mohamad Nabi Bux Mohd Abd Sathar di padang Kampung Melayu Air Itam kira -kira pukul 7.20 malam tadi. Menurutnya, keputusan tersebut dibuat kerana kecewa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertindak sambil lewa dan tidak membuka pintu pejabat
Baca Selanjutnya...

ramPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, peratusan yang dicatatkan dalam PRK parimen Bukit Gelugor semalam iaitu 56.04 peratus juga adalah yang terendah dalam beberapa PRK sebelum ini. Selepas semua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang, hanya seramai 46,099 pengundi berdaftar yang membuang undi. “Ini sekali gus menyaksikan sasaran peratus keluar mengundi yang diletakkan SPR pada awalnya iaitu 75 peratus tidak dicapai,” katanya dalam sidang akhbar
Baca Selanjutnya...

BUKIT GELUGOR : Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu. Parlimen Bukit Gelugor mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paya Terubong, Air Itam dan Seri Delima. Terdapat tiga pusat mengundi di DUN Paya Terubong, lapan pusat di DUN Air Itam dan enam di DUN Seri Delima. spr1 Antara pusat mengundi itu ialah Sekoleh Jenis Kebangsaan
Baca Selanjutnya...

TELUK INTAN  - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mengakui bahawa beliau masih merupakan seorang peguam namun tidak layak untuk melaksanakan tugas tersebut memandangkan sijil guaman beliau tidak diperbaharui. Beliau berkata sijil guaman beliau tidak diperbaharui di atas faktor beliau mahu terus bergiat aktif dalam dunia politik. "Saya menjadi ahli Majlis Peguam sejak Ogos 2011 dan pernah menjadi rakan kongsi satu firma guaman selama dua tahun
Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..