24
Jum, Nov
956 ARTIKEL BARU

"Kubor Move" Langkah Akhir Anwar Menawan Pas? #PengkalanKubor

PRK Pengkalan Kubor
Typography

Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, satu pertandingan tiga penjuru yang akan berlangsung pada 25 September ini telah berjaya ' mengalahkan' PKR sebelum ianya bermula.

Calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim telah dinamakan bersama-sama dengan calon Barisan Nasional Mat Razi Mat Ail dan bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary sebagai pesaing bagi kawasan berkenaan.

Umum mengetahui, selama beberapa minggu selepas kematian penyandangnya Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos, PKR telah bertelagah dengan PAS untuk meletakkan calon kerana mereka merasakan mereka lebih berhak untuk meletakkan calon di sana.

740104797_10050818974650418460

Walau bagaimanapun, kerana semakin berkurangan sokongan berikutan kemelut pemilihan Menteri Besar di Selangor, PKR akhirnya memutuskan untuk beralah dan "menyerahkan" kerusi DUN itu kembali kepada PAS.

Pada pilihanraya umum (PRU) 2008 dan 2013, PKR telah bertanding bagi kerusi tersebut di bawah perjanjian dengan PAS, yang secara tradisional akan meletakkan calon di sana.

Dalam kedua-dua pemilihan, PKR gagal untuk mengalahkan Barisan Nasional, di mana mendorong PAS untuk menuntut PKR "memulangkan" semula kerusi itu kepada mereka..

Pada mulanya, PKR enggan memberi laluan dengan berkata kerusi itu sekarang adalah "milik" PKR dan ia perlu diberikan hak untuk terus bertanding di Pengkalan Kubor bagi mewakili Pakatan.

Difahamkan juga bahawa satu mesyuarat tertutup telah diadakan awal minggu lalu di kalangan pemimpin PKR tertentu dan kumpulan aktivis , yang membawa kepada persetujuan pihak-pihak terbabit untuk "beralah" dengan kehendak PAS.

Salah satu perkara yang kononnya dibincangkan di mesyuarat tersebut adalah sokongan terhadap kempen PRK, yang mungkin tidak akan datang sekiranya PKR yang meletakkan calon di sana. Sifat PKR yang di lihat "beralah" daripada menjadi calon pilihan raya dilihat sebagai "jalan damai" di tengah-tengah persengketaan antara kedua-dua pihak dalam krisis Selangor.

Pemerhati melihat apa yang dipanggil "Kubor Move" tidak hanya semata-mata PAS mahu kemenangan pilihanraya tetapi pihak kepimpinan pembangkang terutamanya DAP dan PKR juga mahu mengukur sejauh mana kedudukan kepimpinan PAS yang diterajui oleh Hadi dalam Pakatan.

Apakah Pengkalan Kubor adalah Langkah Hadi yang terakhir atau Langkah Akhir Anwar untuk ‘menawan’ Pas, kita sama-sama tunggu dan lihat.