23
Kha, Nov
918 ARTIKEL BARU

Kelancaran Kempen PAS Semacam ‘TERENCAT…?’

PRK Pengkalan Kubor
Typography
(Analisis) Ketaranya gerakan kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor setakat ini tidak serancak mana. Jauh lagi dari kelihatan ‘panas’. Nampak macam bersahaja. Gerakan kempen hanya dijalankan dari rumah ke rumah. Banyak juga diadakan secara ‘berkelompok’. Mungkin ada beberapa faktor tertentu yang mendorongkan suasana menjadi begini. Antaranya masyarakat Pengkalan Kubor mungkin sudah ada ‘pilihan’ sendiri, jadi mereka tidak perlu bersusah payah mendengar ceramah atau kempen daripada mana-mana pihak. Barangkali juga mereka sudah selesa dengan segala kemudahan yang dibawa oleh Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang telah telah menjadi wakil rakyat kawasan ini tiga penggal lalu. Mereka faham dengan istilah antara ‘janji ditunai’ dan ‘janji tinggal janji’. Lebih dari itu mereka sudah ‘masak’ dengan suasana politik Kelantan sejak 25 taun di bawah PAS. Sebagai rakyat Kelantan, mereka dapat bezakan tempo pembangunan antara yang dibawa oleh kerajaan Persekutuan dengan apa yang sekadar dilakukan oleh kerajaan negeri. Ertinya tidak banyak perlu diceritakan sebab rakyat Pengkalan Kubor sudah tahu dan faham. Mereka seolah-olah hanya menunggu hari dan ketika untuk mengundi bagi menentukan wakil mereka menggantikan Allahyarham Datuk Noor Zahidi ke Dewan Undangan Negeri Kelantan. Lagi pun budaya hidup masyarakat sekitar Tumpat dan Pengkalan Kubor ini dikatakan lebih suka bercakap-cakap atau berbincang hal-hal politik semasa di kedai-kedai kopi. Cara ini kononnya memadai. Yang mereka harapkan pandangan ikhlas dan disusuli tindakan. Ramai yang berkata…”kami mahukan wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan kami, bukan sekadar menjenguk hanya sekali sekala’. Ada yang tertanya-tanya kenapa ceramah-ceramah yang dilakukan PAS kelihatan kurang ‘menyengat’? apa yang mereka maksudkan ialah jumlah yang hadir tidak begitu ramai manakala isi ceramah juga dikatakan ‘kurang menarik’. Tidak ada isu-isu baharu yang dibangkitkan. Bagi sesetengah pemerhati mereka anggap gerakan kempen PAS sedikit ‘terencat’. Antaranya PAS ternyata rasa ‘terganggu’ dengan kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (Pembangkang) ekoran kemelut jawatan Menteri Besar Selangor. Kenyataannya di dalam PAS sendiri sudah wujud ‘berpuak-puak’. Semuanya gara-gara pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor. Ada yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar dan ada yang tidak bersetuju. Hakikat ini memang diketahui umum. Malah dalam pemilihan calon bagi PRK Pengkalan Kubor ini juga kedengaran bermacam isu. Ada yang mendakwa pemilihan Wan Rosdi Wan Ibrahim hanya atas restu pucuk pimpinan PAS negeri, bukan kepimpinan bahagian. Jadi tidak hairan kelancaran gerakan kempen dan ceramah macam ‘tersekat-sekat’. Ada yang melihat, dari ‘raut wajah’ kalangan pemimpin PAS sendiri yang berlegar di sekitar Pengkalan Kubor ini nampak semacam ada tidak senang di mana-mana. Tidak tahulah. Hanya mreka yang ada jawapan. Satu lagi faktor yang menyumbang kepada suasana kempen yang tidak rancak dan meriah adalah kerana masyarakat di sini sudah rasa tidak ada apa lagi yang perlu ‘berpolitiking’. Mereka menganggap sudah sampai masanya penyokong PAS dan UMNO bersatu. Mereka persoalkan untuk apa berpolitik jika tidak untuk hidup makmur dan harmoni. Lagi pun mereka menganggap ‘kekalutan’ politik antara PAS dan UMNO sudah terlalu lama. Banyak merugikan masa, tenaga dan buah fikiran semata-mata untuk menangani isu-isu berbangkit yang kadang-kadang sekadar fitnah dan tohmohan. Ada kalangan pemimpin PAS sendiri yang ‘mengiyakan’ jasa-jasa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Noor Zahidi begitu bermakna bagi penduduk Pengkalan Kubor. Kata-kata itu tentunya dengan sendiri memudahkan penduduk di sini membuat ‘keputusan’. Sebenarnya jika hakikat ini menjadi pandangan dan pegangan, tidak banyak lagi ‘kecuh’ dalam berpolitik terutama di kalangan orang-orang Melayu. Sudah lebih lima abad negara mencapai kemerdekaan. Apa yang nyata negara berada dalam suasana aman, damai dan maju. Semua pihak dapat menikmati nikmat kemajuan. Kerajaan telah membuktikan sikap perihatin dan sedia menerima pandangan dan teguran rakyat. Pelbagai program transformasi dilaksanakan baik dalam aspek politik, social maupun ekonomi. Kejayaanya terbukti. Kemudahan dinikmati. Dalam masa yang sama rakyat sudah menyaksikan episod demi episod ‘suasana terganggu’ di kalangan Pakatan Pembangkang (pakatan tidak rasmi). Keadaan ini tentunya mematangkan rakyat dalam menilai keupayaan sebenar mereka. Kalangan orang muda juga boleh menilai makna perkongsian politik Pakatan Pembangkang dari sudut intelek dan keberkesanan. Apa lagi untuk melihat masa depan mereka secara lebih jauh. Apapun 25 September akan menyaksikan penentuan sebenar. Akan diketahui samada rakyat Pengkalan Kubor masih mahu terus bersama Barisan Nasional (BN) atau tidak. Jika kemenangan memihak kepada BN jelaslah mereka yakin dengan Ustaz Mat Razi Mat Ail boleh meneruskan legasi Datuk Noor Zahidi sekaligus yakin dengan rekod cemerlang perkhidmatan BN.
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.