24
Ahd, Sep
701 ARTIKEL BARU

Pembahagian Wang Ehsan 50-50 : Penghinaan Ke Atas Mahkamah, Tapi Kami Terima-PAS

PRK Pengkalan Kubor
Typography
[caption id="attachment_18341" align="aligncenter" width="400"]Takiyuddin (kanan) bersama Tuan Ibrahim Takiyuddin (kanan) bersama Tuan Ibrahim[/caption] PAS Kelantan kelihatan bercelaru berhubung tindakan terbaru KerajaanPersekutuan yang memutuskan mulai tahun 2015, Program Wang Ehsan yang sebelum ini dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPP), akan turut dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada nisbah 50:50, tertakluk kepada siling RM25 juta setiap agensi. Walaupun menganggap tindakan Kerajaan Persekutuan yang dibuat pada 12 September lalu itu sebagai menghina mahkamah, namun dalam masa yang sama, PAS Kelantan mengalu-alukan pengagihan wang ehsan tersebut pada kadar nisbah yang dinyatakan. Penasihat Jentera Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa, penyelesaian sementara pembahagian 50-50 antara Jabatan Pembangunan Persekutan (JPP) dan  Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), sebagai menghina mahkamah. Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, wang ehsan tersebut tetap diterima walaupun kes tuntutan royalti masih berjalan di mahkamah. Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan Persekutuan boleh mengatasi mahkamah sedangkan sehingga kini mahkamah belum membuat sebarang keputusan. “Tidak boleh, kes tuntutan ini masih dalam mahkamah. Bolehkah kerajaan pusat mengatasi mahkamah? Itu isunya. “Mahkamah belum putuskan lagi, soal tiga batu nautika itu pun belum diputuskan mahkamah. Saya salah seorang peguam yang hadir dalam kes royalti ini. Ini satu penghinaan kepada mahkamah,” katanya dalam satu sidang media harian PAS di pengkalan Kubor Isnin. Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, wang ehsan tersebut tetap diterima walaupun kes tuntutan royalti masih berjalan di mahkamah “Persoalan 50 peratus tidak timbul walaupun diberi dan mungkin diterima MAIK, tetapi tuntutan royalti tetap dan perkara ini masih dalam proses mahkamah. “Kalau hendak bagi boleh, tetapi ini bukan penyelesaian tuntutan dari kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Pusat,” katanya. Realitinya, keputusan terbaru Kerajaan Persekutuan yang turut melibatkan MAIK dalam Program Wang Ehsan adalah bagi meningkatkan keberkesanan program tersebut yang sedia berjalan, selain ia selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Istana Negeri Kelantan. Ia juga sekadar langkah sementara sebelum penyelesaian yang komprehensif dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan setelah kes tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan diputuskan oleh mahkamah kelak. Oleh itu, apa yang ditimbulkan oleh Takiyuddin bahawa tuntutan royalti oleh Kelantan akan terus berjalan dan penglibatan MAIK dalam program wang ehsan bukan penyelesaian kepada tuntutan royalti Kelantan, tidak berbangkit sama sekali. Jelasnya, penglibatan MAIK dalam Program Wang Ehsan di Kelantan ini bukanlah satu isu-EDITORIAL