25
Isn, Sep
685 ARTIKEL BARU

Pusat Tidak Pinggir Kelantan, RM13j Setahun Untuk Bina, Baiki Masjid Di K'tan

PRK Pengkalan Kubor
Typography
10628363_10152652915223116_2958730623206513802_n TUMPAT  - Kerajaan Pusat telah membelanjakan kira-kira RM130 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membina dan membaik pulih masjid serta surau di seluruh negeri ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sepanjang tempoh tersebut, Kerajaan Pusat terus membantu membina masjid-masjid baharu dan menaik taraf yang sedia ada demi keselesaan rakyat di negeri ini melaksanakan ibadat. Beliau berkata, Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan negeri ini terutama dalam soal memartabatkan syiar Islam di negeri itu. "Setiap tahun kita (kerajaan) belanjakan kira-kira RM13 juta untuk tujuan ini (membina dan baik pulih masjid)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan RM300,000 kepada Masjid Hidayatul Mustaqim, Pak Keral di sini malam tadi. Sumbangan untuk membaik pulih dan menaik taraf masjid tersebut adalah merupakan janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau melawat dan menunaikan solat di masjid itu pada Jumaat lalu. Sementara itu, selain Masjid Hidayatul Mustaqim, Mustapa hari ini turut menyampaikan cek sumbangan bernilai RM50,000 kepada Madrasah Haji Mat Daud Kampung Tebing di sini. Mustapa berkata, setakat ini secara keseluruhannya Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi membantu membaik pulih serta menaik taraf beberapa masjid dan surau di kawasan Pengkalan Kubor ini. "Ia merangkumi RM500,000 untuk Masjid Simpangan; RM300,000 (Masjid Hidayatul Mustaqim), RM300,000 (Masjid Al-Huda Mukim Ketil), RM50,000 di sini (Madrasah Haji Mat Daud) dan RM50,000 untuk surau Mat Amin, Ketir. "Alhamdulillah, bantuan-bantuan ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hari," katanya-UTUSANONLINE