24
Ahd, Sep
701 ARTIKEL BARU

Jasa 'Tok Di' Bantu Kemenangan BN Di Pengkalan Kubor?

PRK Pengkalan Kubor
Typography
(Analisis) Pilihan raya kecil DUN N.01 . Pengkalan Kubor , Kelantan akan diadakan  pada  25 September 2014 , berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar @ Tok Di pada 24 Ogos 2014 akibat sakit kanser. PRK kali ini adalah pertandingan tiga penjuru iaitu antara calon BN, PAS dan Bebas. Pertandingan ini lihat hebat dan genting kerana BN  bertemu dengan calon PAS, parti yang mengkuasai kerajaan Negeri Kelantan  dan bukan melawan calon PKR  seperti  pertandingan sebelumnya iaitu pada PRU13. PKR memberi laluan kepada PAS kerana  dilaporkan bimbang akan  menghadapi kekalahan teruk yang akan menjejaskan keseluruhan imej PKR yang kini didapati semakin merosot  dikalangan rakyat. Walaupun Tok Di, bekas wakil rakyat Pengkalan Kubor  mewakili  BN tetapi beliau  dianggap  sebagai seorang wakil rakyat yang bermesra  rakyat dan suka membantu penduduk  tanpa mengira perbezaan politik. Walau pun Tok Di sudah tiada lagi, sebahagian besar pengundi di DUN Pengalan Kubor masih ingat jasa-jasa beliau yang tiada bandingannya. Jasa-Jasa Tok Di masih dalam ingatan dan kenangan pengundi Pengkalan Kubor. Dari segi lokasi strategiknya,  DUN N.01 .Pengkalan Kubor ,yang dikuasai  oleh BN  adalah terletak  dalam Kawasan Parlimen Tumpat dan DUN Pengkalan Kubor adalah salah satu DUN dalam empat kerusi DUN yang terletak dibawah  Parlimen Tumpat.  Parlimen Tumpat  meliputi  4 DUN  yang semuanya ,kecuali DUN N.1.Pengkalan Kubor,  dikuasai oleh PAS.  Walaupun  DUN  Pengkalan Kubor dilihat  terkepung oleh kubu kuat PAS,  tetapi Tok Di berjaya memenangi DUN ini  untuk tempoh tiga penggal berturut-turut,  iaitu PRU tahun 2004,2008 dan 2013. Kemenangan ini  jelas membuktikan kebolehan,  kemesraan  dan kebijaksanaan beliau , malah jiwa  rakyat  yang menyerlah dalam sanubari Tok Di. Beliau mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor dalam PRU12,  ketika medan politik negara dilanda dengan  tsunami  politik  yang mengubah  keseluruhan landskap politik Malaysia. Jumlah pengundi yang berdaftar bagi DUN Pengakalan Kubor adalah 24,039 pengundi termasuk Pengundi Melayu 91.9 %, Etnik Siam 7 % , Cina 0.97 % dan India 0.6 %. Sebahagian besar pengundi Pengkalan Kubor adalah kaum Melayu.Pola pengundian pilihan raya umum yang lepas bagi Parlimen Tumpat, dimana terletaknya DUN Pengkalan Kubor , menunjukkan sokongan pengundi untuk  parti PAS kian  meningkat. Pada masa yang sama, sokongan untuk BN juga didapati meningkat dalam kawasan DUN Pengkalan Kubor. Pada PRU13, majoriti BN di Pengkalan Kubor telah meningkat daripada 100 undi (2008) kepada 1,736 (2013). Pola pengundian ini jelas membayangkan bahawa pengundi Pengkalan Kubor adalah pengundi yang matang, rasional dan  pragmatik  dan tidak sangat tertaksub kepada ideologi dan hujah-hujah politik sesuatu parti tertentu. Mereka kelihatan lebih mengutamakan  dan mementingkan kesejahteraan hidup penduduk Pengkalan Kubor daripada ideologi parti. Dalam PRK kali ini, pengundi Pengkalan Kubor dijangka akan memilih Haji Mat Razi Mat Ali daripada BN kerana mereka percaya beliau boleh mainkan peranan sebagai  penegur yang sihat dan konstruktif  dalam Dewan Undangan negeri  yang dikuasai oleh PAS. Daripada 45 kerusi DUN di Kelantan, PAS menguasai 32 kerusi dan PKR 1 kerusi. Jadi,  sekiranya  keputusan PRK ini tidak memihak kepada PAS, maka ianya  tidak akan menggugat kuasa PAS mentadbir kerajaan Negeri Kelantan.  Pengundi Pengkalan Kubor juga dilaporkan berharap hubungan baik  Mat Razi  Mat Ali dengan pemimpin-pemimpin  kerajaan pusat  akan membantu membawa banyak projek-projek pembangunan kepada kawasan Pengkalan Kubor dalam usaha meningkatkan kualiti hidup mereka. Sebagai contoh: Seramai 47,746  warga Kelantan telah menikmati bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berjumlah RM1.56 bilion. Tinjauan tempoh hari di Pengkalan Kubor menunjukkan penduduk Pengkalan Kubor masih dahagakan  pembangunan terutamanya dalam bidang sosial dan ekonomi seperti menambah baik kemudahan-kemudahan awam, menyediakan infrastruktur awam  seperti   pasar ,jalan raya, sekolah ,jambatan ,kemudahan kesihatan dan sebagainya yang melibatkan berpuluh-puluh juta ringgit yang boleh menampung oleh kerajaan Pusat. Sehubungan ini, tinjauan terbaru di kawasan ini juga menunjukkan sebagian besar penduduk  Pengkalan Kubur, terutamanya  pengundi Melayu berhasrat  menyokong  calon BN berbanding dengan calon PAS  untuk mempastikan  legasi Tok Di dalam mensejahterakan kualiti hidup penduduk Pengkalan Kubor dapat diteruskan . Masih ada projek dan program yang dirancang oleh Tok Di untuk kebaikan pendudukan Pengkalan Kubor belum dilaksanakan. Kecenderungan pengundi Pengkalan Kubor untuk menyokong Mat Razi Mat Ali jelas menunjukkan sebahagian besar pengundi Pengkalan Kubor adalah pengundi yang berfikiran lebih rasional dalam membuat keputusan politik kerana mereka  ingin melihat demokrasi subur sambil tuntutan agama Islam terlaksana iaitu dalam hal-hal memenuhi tuntutan agama Islam yang menuntut  ‘memakmurkan dan membangunkan alam ini sesuai dengan potensi dan keupayaan mereka sebagai kejadian yang terbaik berbanding makhluk lain’ terlaksana. Dalam hal ini, calon BN dipercayai   mampu meneruskan legasi Datuk Noor Zahidi Omar dalam menyediakan pelbagai program pembangunan untuk penduduk DUN Pengkalan Kubor. Malah dapat membantu kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS dalam hal-hal bukan sahaja pembangunan jasmaniah  malah pembangunan bidang rohaniah atau pembangunan syiar Islam di DUN Pengkalan Kubor ke tahap yang lebih tinggi. Sebahagian besar pengundi di kawasan ini percaya calon BN , selaku bekas seorang pendidik yang disegani dan dihormati rakyat mampu menjalankan peranan dalam membela kepentingan ekonomi dan agama penduduk Pengkalan Kubor. Sebahagian besarnya bercadang  menolak pendekatan ketaksuban dalam memilih seorang calon untuk mewakili mereka malah lebih cenderong  kepada realiti dan keperluan semasa. Memandangkan perkembangan politik terbaru dalam medan politik di Pengkalan Kubor seperti tersebut diatas, ramai penganalisis politik menjangka keputusan PRU12 akan mengulangi dan ini bermakna BN dijangka akan menang PRK Pengkalan Kubor dengan majoriti kecil. Keputusan pengundi Pengkalan Kubor untuk terus memilih calon BN adalah keputusan yang bijak kerana mereka hendakkan program pembangunan yang berterusan  tanpa menjejaskan kuasa PAS mentadbir kerajaan negeri Kelantan.