23
Kha, Nov
918 ARTIKEL BARU

Berlaku satu kejadian panas dan tegang petang tadi pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Difahamkan sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah ‘bertempur’ dengan sekumpulan penyokong PAS di Simpang Tiga, Kubang Semang.

Kejadian tersebut berlaku apabila Demo Aman bagi mempertahankan Hudud di hadapan Masjid Kubang Semang telah diganggu oleh segerombolan penyokong PKR yang pada mulanya hanya pertengkaran mulut sehinggalah akhirnya membawa kepada pergelutan antara mereka.

Dikatakan demo yang baru sahaja bermula itu telah ‘digempur’ oleh sekumpulan ahli PKR yang memekik lolong sehinggalah membuatkan pihak polis yang bertugas tampil bagi menyuraikan keadaan dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini antara mereka.

Sebelum ini, pergaduhan kecil dilaporkan telah berlaku pada hari ke-7 kempen, apabila lima orang pemuda PAS yang menjalankan kerja mengedar risalah mempertikaikan pihak yang menentang Hudud telah didatangi 10 orang pemuda PKR yang akhirnya membawa pergelutan antara mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=qN7EZPZj4bw

PERMATANG PAUH: Kelonggaran untuk menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mungkin SPR akan meneliti fasal-fasal yang akan memberi peluang kepada banduan untuk mengundi…tetapi setakat yang saya tahu, banduan tidak ada hak untuk mengundi.

“Jika terdapat fasal untuk membenarkan banduan mengundi, saya pasti SPR akan

Baca Selanjutnya...
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.