23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

Pengundi dalam parlimen Rompin diminta mengundi calon PAS dalam usaha meningkatkan jumlah anggota parlimennya yang akan menyokong pelaksanaan hudud. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mempunyai wakil rakyat PAS dalam parlimen memberi laluan kepada rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentang oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendapat sokongan. "(Ia) satu usul dibentang di Parliamen yang kita perlukan sokongan. Bagi Enakment Jenayah Syariah Kelantan, Akta 335 yang akan dibawa oleh Presiden (Datuk Sri Abdu) Hadi Awang ke parliamen. Kita perlu undi tersebut. "(Cuba) tuan-tuan bayangkan, kalau wakil rakyat yang tuan-tuan pilih bangun menyokong undang-undang Allah," katanya sewaktu majlis Himpunan Derita Rakyat (Hindar) 2.0 di Muadzam Shah yang dihadiri kira-kira 600 orang, malam tadi. Pilihan raya kecil Rompin akan berlangsung esok. BN mempertaruhkan bekas timbalan menteri besar Datuk Hasan Arifin manakala PAS pula mencalonkan Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad. -MalaysiaKini

ROMPIN – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu kenyataan media yang keluarkan sebentar tadi mengumumkan harga rumah bagi generasi FELDA di Parlimen Rompin diturunkan dari RM120 ribu kepada RM90 ribu sahaja.

Menurut Najib, penurunan itu dibuat sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat setiap generasi baru FELDA memiliki rumah sendiri di rancangan.

“Dalam merealiasasikan hasrat itu, kerajaan telah membina sejumlah 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA dengan

Baca Selanjutnya...

ROMPIN : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peneroka FELDA supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kerajaan gagal mempertahankan hak mereka.

Beliau menyifatkan tuduhan pembangkang itu tidak berasas dan hanya bertujuan meraih simpati politik dalam kalangan pengundi masyarakat FELDA kawasan Parlimen Rompin.

"Mereka nak raih simpati politik dengan buat tuduhan tak berasas bahawa kerajaan gagal dan tidak pertahankan hak milik peneroka

Baca Selanjutnya...

MUADZAM SHAH: Barisan Nasional (BN) sebentar tadi mengumumkan Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin, 62, sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah Utama PRK Parlimen Rompin di Dataran Muadzam Shah, di sini.

Turut hadir, Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; dan barisan kepemimpinan

Baca Selanjutnya...

ROMPIN: Sebanyak 545 pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula 8 pagi ini.

Mereka terdiri daripada 285 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 260 anggota polis.

Proses pengundian berlangsung di empat saluran mengundi iaitu di Dewan Sri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau

Baca Selanjutnya...

MUADZAM SHAH: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, Datuk Hasan Arifin, 62, berazam untuk meneruskan kecemerlangan perkhidmatan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis selaku bekas wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Berucap selepas diumumkan calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Muadzam Shah sebentar tadi, Hasan berkata usaha dilakukan Jamaluddin di Parlimen Rompin amat besar sehingga memberi kesan besar pengundi di kawasan

Baca Selanjutnya...
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.