28
Sel, Mac
883 ARTIKEL BARU

SYOR  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  supaya gabungan pakatan pembangkang dinamakan `Barisan Rakyat’ sudah pun diketahui sejak  tujuh bulan lepas lagi oleh   Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Waktu itu 25 September 2016, Anthony mengatakan DAP belum berselera untuk pakatan pembangkang menggunakan satu logo, apatah lagi nama `Barisan Rakyat’

Cuma peliknya dua hari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengatakan dia belum mendengar cadangan nama itu. Bahkan, dia  sendiri akan mengesahkan cadangan BERSATU itu, yang didakwanya `hanya mainan yang dimainkan oleh media pro-BN’.

Maknanya apa di sini? Ini tentu sekali bererti Guan Eng tidak bersetujulah.

Dan benarlah seperti mana yang dijangkakan. Dikatakan semalam satu mesyuarat dihadiri  pemimpin utama Pakatan Harapan di bangunan memutuskan nama `Barisan Rakyat' ditolak.

Mereka tetap mahukan sekutu-sekutu pembangkang dikenali `Pakatan Harapan' walaupun difahamkan nama, logo dan manifesto akan direka yang baharu.

Kasihan parti `cap bunga'. Syor nama `Barisan Rakyat' yang dikatakan diutarakan oleh pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya tidak dipakai.

Masakan DAP mahu mengiakan cadangan PPBM

TIDAK pasti sama ada perlu dinukilkan isi hati ini. Namun melihat satu demi satu provokasi dan fitnah yang dilemparkan DAP terhadap kerajaan, hati mana-mana orang Melayu pasti akan menyinga.

Bukan kerana apa, cuma disebabkan DAP tidak mahu belajar dari sejarah. Sejarah masa lepas seolah-olah sengaja mahu dipadamkan oleh DAP dan `cuci tangan’ atas dosa  kerana angkara sendiri.

Kalau diungkitkan balik sejarah tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, angkara siapakah itu sehingga Malaysia dipandang

APA yang Lim Kit Siang nak marah sangat dengan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Apa, betullah Kit Siang seorang diktator. Dia dan bukan sahaja anaknya Lim Guan Eng, bahkan anak beranak dan menantu semuanya diangkut masuk dalam DAP pegang jawatan penting.

Penggal pilihan raya 2008 dan 2004 menyaksikan isteri Guan Eng, Betty Chew adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka. Adik perempuan Guan Eng sendiri, Lim Hui Ying pula setiausaha DAP Pulau Pinang.

DAP ini

MARAH benar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok apabila diasak oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim di Parlimen kelmarin mengenai dakwaan penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Selaku anak Selangor memang patut Irmohizam bertanyakan Teresa adakah benar RM10 juta dari dana YAWAS dimasukkan ke akaun sembilan wakil rakyat pembangkang?

Daripada mana RM10 juta ini diperoleh? Ke mana dan siapakah ahli-ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

TIDAK banyak diketahui mengenai kedudukan bahagian atau akar umbi parti baru setahun jagung, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Eh! ada akar umbikah?

Kalau sebut  sahaja PPBM, nama mereka yang terpacul di mulut hanyalah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kalau nak tempias sayup-sayup di telinga barangkali Datuk Seri Mukhriz.

Mereka bertiga sahajalah. Pemimpin atau ahli yang lain tidak melekat namanya di fikiran orang ramai.

Kalau ada cerita pun pasal PPBM, ia hanyalah

SEBENARNYA dari awal lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diramal akan berkecamuk kerana parti itu diketuai dua nakhoda. Mana ada parti Melayu yang berketuakan dua kepala. Satu, pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seorang lagi presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dengan Dr. Mahathir sendiri mahu mengangkat anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri andai pakatan pembangkang meraih kuasa nanti, sudah pasti beliau tidak akan beri muka langsung kepada Muhyiddin. Kena

PAKATAN Harapan  semakin terdesak mahu merampas kuasa Barisan Nasional  (BN) apabila kebelakangan ini mula mengadu-domba isu yang bukan-bukan. Dakwaan terbaharu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Batu Tiga, Rodziah Ismail kononnya  jari palsu  yang ditempah khas daripada China  telah dibawa masuk oleh BN untuk menipu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) amat mengejutkan.

Begitu mudah ungkapan fitnah itu keluar daripada mulut Rodziah, padahal kalau tidak ada kenyataan daripada

Lebih banyak artikel..