20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

Pada hari pertama RCI FOREX, Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata bahawa jumlah kerugian akibat urus niaga forex BNM dari 1991 hingga 1994 ialah RM31.516 bilion.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang merupakan saksi ke-16 pula memberitahu kerugian  Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an berjumlah:

  • Kerugian RM3.503 bilion bagi tahun 1988 dan 1989
  • Kerugian RM31.506 bilion mulai tahun 1991 hingga 1994.

Maksudnya, BNM mengalami kerugian RM35.009 bilion iaitu 10 kali ganda daripada pelaburan yang bermula tahun 1988.

Seperti dijangka, Anwar Ibrahim tidak menyentuh nama Tun Dr Mahathir semasa memberi keterangan di depan RCI tetapi beliau menuding jari serta mengkritik keterangan Nor Mohamed Yaacob yang sebelum ini  berkata, pihaknya belajar sesuatu daripada kerugian aktiviti forex berkenaan.

Nor Mohamed mendakwa pengalaman daripada kejadian itu telah membantu negara dalam menghadapi krisis kewangan Asia.

"Penegasannya itu tak masuk akal. Anda mesti bertanggungjawab. Negara tak perlu kerugian berbilion ringgit untuk belajar daripada sesuatu pengalaman. Dia patut balik ke sekolah perniagaan (untuk belajar semula)," kata Anwar Ibrahim.

Mahathir Mohamad seperti dijangka

Akhirnya, berita tentang Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim berbaik-baik semula hanya sekadar wayang pembangkang untuk mengaburi rakyat sahaja. Ironinya, ianya dibuktikan oleh mereka berdua bukannya parti lawan.

Pergeseran sesama mereka kembali tercetus apabila Mahathir berkata bahawa warkah Anwar Ibrahim menyebabkan masalah kepada Pakatan Harapan kerana ia memberi lampu hijau kepada PKR terus berhubung dengan PAS. Mahathir mahu overdrive pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri yang beliau

Rakyat tidak mungkin akan percaya bulat-bulat dengan kenyataan kononnya sudah selesai pembahagian lebih daripada 100 kerusi Parlimen antara parti komponen Pakatan Harapan. Lebih-lebih lagi apabila Ketua Setiausaha PH enggan menamakan senarai kerusi parlimen yang dimaksudkan.

"Saya tak boleh nak umumkan nama kerusi-kerusi ini tetapi saya rasa semua dah boleh agak," katanya.

Mana mungkin rakyat mahu percaya dengan kenyataan di atas, lebih-lebih lagi apabila kita membaca pertembungan parti-parti

Satu perkara yang kita semua tahu tentang parti DAP ialah kepakaran dinasti Lim anak-beranak untuk menuding jari kepada semua pihak terutamanya parti lawan.

Kita tahu bahawa modus operandi ini adalah untuk menutup segala hanyir nanah pekung busuk parti cauvinis itu sendiri.

Yang terbaru ialah keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Dr Edwin Bosi yang telah mengumumkan keluar DAP dan meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah pada 24 Ogos 2017.

Perkara ini tidak

KANAN, kiri, atas, depan, belakang...semuanya Rafizi Ramli gaduh. Siapa yang tidak pernah bergaduh dengan Naib Presiden PKR ini? Dalam PKR, dia ada kartel yang bertegang urat dengan satu lagi kartel dikepalai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terbaharu, Rafizi berlaga dengan peguam, Datuk S. Ambiga. Isunya kerana Ambiga mengkritik pembangkang yang terus bertelagah menjelang pilihan raya umum akan datang. Bekas pengerusi Bersih 2.0 itu juga dikatakan menggesa PKR supaya terus

SUSAH mahu dinilai kejujuran sesama parti sekutu dalam Pakatan Harapan. Baik DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masing-masing sebenarnya memiliki rasa sangsi yang teramat antara satu sama lain.

Setiap parti saling mencurigai sejak tahun lalu lagi apabila jawatan Perdana Menteri pun masih belum lagi diputuskan lagi. Meskipun DAP dan PKR lebih cenderung menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai `PM ke-7’ dari Pakatan Harapan, kehendak itu nampaknya tidak disenangi oleh

SEBELUM ini penulis telah menyiarkan senarai nama kepimpinan parti PKR yang berpecah kepada 2 kem.

Yang terbaru, portal pembangkang MalaysiaKini yang biasanya menyembunyikan permasalahan dalaman parti pembangkang, turut mendedahkan pekung hanyir parti PKR. Di antara laporan portal pembangkang itu:

Pertembungan antara kumpulan Rafizi Ramli dan Datuk Seri Azmin Ali bukanlah rahsia lagi. Suatu ketika dulu ia menjadi rahsia umum. Maksudnya rahsia yang bukan rahsia...

... Hinggalah Rafizi

Lebih banyak artikel..