12
Sel, Dis
913 ARTIKEL BARU

NAK tergelak pun ada apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyanggah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyaringan bebas rasuah calon pilihan  raya umum ke-14 (PRU-14).

“Siapa SPRM”, yang dilontarkan Wan Azizah semua maklum semata-mata diluahkan untuk menyelamatkan ‘tengkuk’ pemimpin dan ahli Pakatan Harapan yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Antara pemimpin popular yang tersenarai siapa lagi kalau bukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Apa! pakatan pembangkang mempunyai cara sendiri untuk menyaring calon parti masing-masing? Eh! betulkah macam itu Wan Azizah oi.

Guan Eng ialah contoh klasik di mana walau sesiapa pun daripada Pakatan Harapan menyaringnya, waima Wan Azizah sekali pun, pasti keputusan yang adil tidak akan diperoleh.

Bukan setakat saring, `bedah siasat’ apa cara sekalipun, Guan Eng dengan `dinasti Lim’  pasti terlepas tidak  disenaraihitam.

Sebenarnya, ramai yang telah sedar bahawa apa yang telah dilakukan oleh Guan Eng ini cukup menyalahi undang-undang. Bayangkan, bagaimana seorang Ketua Menteri telah menyalahgunakan kuasanya untuk membolehkan beberapa bidang tanah dijual di bawah harga

TIBA-TIBA `orang' itu datang menagih simpati dan menabur janji-janji baharu kepada penduduk Sarawak. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dahulu, apa yang dibuatnya kepada Bumi Kenyalang?

Berapa kali dia datang ke Sarawak? Datang sahajakah? Berbanding Dr. Mahathir, seterunya, Datuk Seri Najib Tun Razak ada tarikannya di Sarawak.

Kesungguhan dan kerja kerasnya untuk kebahagian rakyat Bumi Kenyalang tidak dapat disangkal.

Tidak semasa `hiruk pikuk’ kempen pilihan raya negeri itu Mei tahun

Lim Guan Eng telah memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang sekali lagi. Sebelum ini beliau mencipta sejarah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama disabitkan dengan kes rasuah. Kes tersebut sedang berjalan tetapi Guan Eng dengan tanpa malunya masih lagi menjawat jawatan tersebut.

Kali ini ialah pembohongan kroni tegar Kit Siang terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Tindakan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang menjelaskan bahawa kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM2

SEBELUM ini, penulis telah menulis satu artikel bertajuk Pesta Arak : DAP Perbodohkan Rakyat Islam. Ianya mengenai sikap hipokrit memualkan regim DAP yang mempertahankan pesta Arak di Kuala Lumpur.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menolak permohonan penganjuran pesta Arak itu dan menegaskan tindakan undang-undang akan diambil jika pihak penganjur berdegil mahu meneruskan aktiviti tersebut tanpa kebenaran.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula telah

MASYARAKAT harus memahami konsep yang diamalkan oleh kebanyakan pengusaha syarikat penerbangan  di dunia ini dalam meraih keuntungan dan perkara yang sama juga dilakukan oleh Malaysia Airlines (MAS) iaitu melalui pajakan pesawat.

Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) merupakan pemilik kepada kapal terbang MAS dan kemudian menyewakan semula kepada MAS melalui konsep pajakan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Perkara ini dedahkan oleh Lim Sian See dalam facebook miliknya, yang menyatakan ia

ASYIK nak mengata dan menuduh orang lain bankrap, alih-alih dia yang nak bankrap. Inilah sikap buruk si celupar pemfitnah, Rafizi Ramli.

Apa agaknya yang dibuat oleh Naib Presiden PKR ini pada dana kira-kira RM1.5 juta yang berjaya dikutipnya  daripada penderma, dikatakan untuk membuat bayaran ganti rugi bersama kos kepada  Datuk Seri Salleh Ismail dan syarikat National Feedlot Corporation (NFC)?

Kenapa Rafizi tidak cepat-cepat membuat pembayaran setelah satu notis mahkamah menuntutnya

BERAPA ramai yang sudah keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)? Antaranya, salah seorang pengasas parti itu,  Kamalruzaman Habibul Rahman, Mohamad Ezam Mohd. Nor, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan terbaharu,  Ketua PPBM bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Itu nama-nama yang agak dikenali ramai.  Yang biasa-biasa, tidak ada jawatan parti,  bagaimana?

Tindakan mereka yang keluar PPBM pun sebabnya satu sahaja - berebut jawatan, tamakkan kuasa. Kalau bukan orang yang keluar, orang yang

Lebih banyak artikel..