14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

Tragedi #MH17 Perlu Dijadikan Iktibar

Ad Din
Typography
Screen Shot 2014-07-21 at 7.12.39 PM Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid berkata, nahas MH17 merupakan satu musibah yang harus diterima dengan redha kerana ia telah ditentukan oleh Allah SWT. Insiden yang berlaku terhadap penerbangan pesawat MH17 yang terhempas akibat ditembak menggunakan peluru berpandu di sempadan Ukraine pada Khamis lalu merupakan satu peristiwa yang wajar dijadikan pengajaran oleh seluruh umat Islam di dunia. Pendakwah bebas, Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid berkata, apa yang berlaku itu merupakan satu musibah yang harus diterima dengan redha kerana ia telah ditentukan oleh Allah SWT. “Tidak ada satu musibah yang berlaku kepada sesiapa kecuali ia akan terjadi dengan izin daripada Allah SWT. “Allah akan memberi hidayah kepada setiap umatnya yang redha dengan apa yang telah ditentukan itu sebagai menguji tahap keimanan mereka apabila ditimpa musibah,” katanya. Ali Zaenal berkata demikian menerusi rakaman yang dimuat naik di laman video Youtube dan telah tersebar sejak semalam. Rakaman berdurasi 8 minit itu turut dikongsikan oleh para pengguna laman sosial Facebook dan telah ditonton lebih 5,740 kali. Menerusi rakaman video tersebut, Ali Zaenal turut mengingatkan agar insiden itu tidak dianggap sebagai satu malapetaka sebaliknya perlu mengambil sesuatu nilai yang positif untuk meningkatkan keimanan terhadap tuhan yang maha pencipta. Diakhir rakaman video tersebut Ali Zaenal berkata, apa yang terjadi itu jelas menunjukkan satu mesej jelas tentang kematian dimana tidak ada sesiapa pun mengetahui bila mereka akan meninggal dunia dan bagaimana cara mereka menemui ajal. http://www.youtube.com/watch?v=U-KpoFoCyJo