13
Rab, Dis
894 ARTIKEL BARU

GAZA: Yahudi, Bukan 'Israel'

Ad Din
Typography
Screen Shot 2014-08-06 at 5.00.30 PM Satu perkara yang umat Islam perlu tahu, ialah orang-orang Yahudi telah mengeksploitasi nama ‘Israel’. Lalu, mereka menamakan diri mereka Israel, dan negara haram yang mereka tegakkan di atas bumi Palestin, sebagai Negara Israel. Israel sebagaimana yg dijelaskan dalam ayat 58 surah Maryam, ialah Nabi Yaakob a.s. Allah berfirman (Maryam : 58) :  ????????? ???????? ??????? ???????? ???????? ???? ???????????? ??? ?????????? ????? ???????? ??????? ???? ???? ????? ?????????? ????????? ??????????? ???????? ??????? ??????????? Maksudnya : Mereka itulah nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat kepada mereka dari keturunan Adam dan dari keturunan orang yang Kami bawa bersama-sama Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan Israil (Nabi Yaakob); dan mereka itu adalah dari orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Mereka tidak layak menamakan diri mereka sebagai Israel, atau dipanggil Israel kerana agama Yahudi telah terseleweng dari ajaran Nabi Yaakob yang sebenar. Tindak tanduk mereka merampas tanah orang-orang Palestin dan menzalimi orang-orang yang tidak berdosa, juga bertentangan dengan ajaran dan agama Nabi Yaakob, bahkan mana-mana agama di dunia ini. Umat Islam juga perlu tahu, penggunaan nama Israel oleh orang-orang Yahudi juga merupakan sebahagian daripada strategi mereka mengukuhkan penjajahan mereka ke atas bumi Palestin. Dengan menggunakan nama Israel ini, mereka mahu memaut hati orang-orang Yahudi di seluruh dunia supaya berhijrah ke Palestin yang dijajah dan menyokong negara haram mereka. Juga mereka mahu mempengaruhi orang-orang Kristian di seluruh dunia agar menyokong mereka dan negara haram mereka di Palestin. Ini kerana, orang-orang Kristian juga beriman dengan kitab Taurat, kitab orang-orang Yahudi, yang dinamakan sebagai perjanjian lama oleh orang-orang Kristian. Umat Islam perlu melakukan apa sahaja untuk melemahkan musuh mereka, yakni Yahudi yang menjajah Palestin. Salah satu caranya ialah tidak memanggil mereka Israel. Mereka adalah Yahudi, bukannya Israel. http://www.youtube.com/watch?v=hoYPKQwewzk