27
Jum, Apr
960 ARTIKEL BARU

ISIL musuh nombor satu Islam-Mufti Besar Arab Saudi

Ad Din
Typography
[caption id="attachment_17337" align="alignleft" width="300"]Mufti Besar Arab Saudi Mufti Besar Arab Saudi[/caption]  RIYADH - ARAB SAUDI-Mufti besar Arab Saudi melabelkan Kumpulan Negara Islam dan  Jajahannya (ISIL), sebagai 'musuh nombor satu Islam'.

 Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh berkata, idea ekstremis, radikal dan keganasan yang diikuti oleh  kumpulan itu tiada kaitan dengan Islam.

 "Negara pimpinan seorang individu yang mengelar dirinya sebagai Khalifah, adalah satu  pembohongan dan boleh menyesatkan akidah," katanya menurut Al Arabiya.

 Minggu lalu, Arab Saudi memberi bantuan AS$100 juta (RM3.5 juta) kepada Pusat  Keganasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu menangani konflik  ini, termasuk bantuan makanan dan perubatan buat lebih sejuta pelarian di Iraq.