23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

Lumpuh Seluruh Badan Tidak Halang Syeikh Ammar Bugis Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Ad Din
Typography
Syieh Ammar Bugis http://www.youtube.com/watch?v=Jx0ZIUKou6U Teks : Saufy Jauhary Masya Allah...betapa cekalnya beliau....malunya kita sebagai orang yang dikurniakan Allah dengan kesempurnaan tetapi tidak mahu memanfaatkan kesempurnaan tersebut dengan baik. Beliau adalah Syeikh Ammar Bugis, seorang ulama Jeddah, juga seorang penghafal Al-Qur’an yang lahir di Amerika Syarikat pada 22 Oktober 1986. Nama Bugis diambil dari nama datuknya yang berasal dari Makassar, Sulawesi. Iaitu Syeikh Abdul Muthalib Bugis yang hijrah dari Sulawesi ke Makkah dan mengajar tafsir di Masjidil Haram. Sejak lahir beliau mengalami lumpuh sepenuhnya sehingga tidak mampu berdiri bahkan kepala pun tidak boleh dialihkan ke kanan dan ke kiri. Sungguhpun dengan lidah yang menjulur keluar sejak lahir, namun siapa sangka beliau telah hafal Al-Qur’an sejak berusia 13 tahun dalam masa 2 tahun sahaja. Beliau tidak pernah patah semangat untuk mempelajari Al-Qur’an, bahkan kini beliau juga merupakan lulusan dari Jurusan Kewartawanan King Abdul Aziz Universiti, kemudian beliau dilantik sebagai wartawan sukan Harian Al Madinah yang terbit di Jeddah. Juga kolumnis Harian Ukaz terbitan Riyadh. Dalam keadaan fizikal yang serba keterbatasan ini pun, beliau dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan seorang isteri dan anak. ternyata kisah beliau ini sangat memotivasikan orang yang sihat! Syeikh Ammar Bugis, Sang Penakluk Kemustahilan. Info dari Abu Mior : Syeikh Ammar Bugis nak sambung ambil SARJANA (Master) di UIAM Gombak. Lagi video berkaitan : http://www.youtube.com/watch?v=fRDYys_47tY http://www.youtube.com/watch?v=WU8GwO3zMgU
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.