20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

ISLAM MENGIKTIRAF PEMERINTAHAN BERAJA

Ad Din
Typography
Bukankah sebelum ini telah Allah khabarkan bahawa Kerajaan Yahudi itu diwariskan kepada Daud dan kemudian Sulaiman. Begitu juga Nabi masih meneruskan di beberapa negara yang tunduk kepadanya untuk terus di tadbir oleh para raja. Malah Nabi bersabda bahawa setelah khalifah berlalu 30 tahun maka pemerintahan akan dikuasai oleh para Raja. Dan harus sedar bahawa setelah Kewafatan Ali, cucu banginda mengambil alih kepimpinan sebelum diserahkan kepada adik ipar Rasulullah saw. Seterusnya Hussein ingin mengambil semula jawatan dari Bani Umawiyah tetapi diingatkan oleh kaum kerabat Nabi yang lain akan sabda Rasul: "Ahlil Bait tidak akan lagi memegang kekhalifahan sampai akhir zaman". Lantas perhatikan lah tentang sebuah kalimat: "Sultan adalah naungan Allah di Bumi. Sesiapa yang menghinakan maka Allah akan menghinanya. Sesiapa yang memuliakan maka Allah akan mulia kannya" (HR AlBaihaqi) Apakah kalimat ini terpacul dari mulut lelaki gila seperti pengikut akidah khawarij sekarang atau diungkapkan oleh Kekasih Ilahi? Lantas apa yang ingin kita bicarakan kepada Nabi tatkala Nabi menyuruh kita memuliakan sultan? Juga apakah kita cuba mengingkari bahawa Allah yang menghidupkan dan mematikan, menjadikan siang dan menutupnya dengan tirai malam. Hatta naik dan jatuh nya sebuah pemerintahan adalah di bawah ilmu Allah dan ketentuan dari Nya. Lantas Ibnu Qayyim menulis dalam Ad Daa' wad Dawaa': "Dari Malik bin Dinar, dia berkata: Aku pernah membaca di dalam satu riwayat bahawasanya Allah berfirman: 'Aku adalah Allah yang Menguasai para Raja. Dan hati mereka berada di tangan Ku. Jika mereka mentaati ku maka Aku jadikan mereka sebagai rahmat. Namun apabila mereka durhaka kepadaKu maka Aku jadikan mereka sebagai azab. Justeru janganlah kalian menyebokkan diri dengan mencaci para Raja. Tetapi bertaubatlah kepadaKu. Nescaya Aku akan jadikan mereka mengasihi kalian" Riwayat Ibnu Hibban, At Thabari dari jalan Malik bin Dinar secara marfu'. Tetapi Al Haithami menganggap riwayat ini cacat kerana wujud Wahb bin Rasyidin yang dia anggap tertolak. Ini dapat kita fahami jika kita mengkaji 3 kategori ulama jarh Wa ta'dil di mana Ibnu Hibban dan At Thabari termasuk ulama yang jenis 'longgar' penilaian terhadap menghukum kredibiliti rawi. Namun makna yang dikandung dalam riwayat tersebut adalah shahih berdasarkan banyak riwayat shahih lain. Sumber: http://goo.gl/Uvt9Ie