20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

Ucapan Najib Di PBB, Ulama Perlu Respons Segera!

Ad Din
Typography
[caption id="attachment_18544" align="aligncenter" width="490"]Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, semalam. - Foto Bernama Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, semalam. - Foto Bernama[/caption] Para ulama dan ilmuan Islam Malaysia khususnya perlu bersikap pro aktif dengan memberikan respons segera mereka terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semalam (26 Sept. 2014). Dalam ucapan tersebut, Najib menekankan tentang perlunya masyarakat dunia tidak hanya berpada dengan tindakan menumpaskan golongan ekstremis, sebaliknya dalam masa sama perlu bertindak 'menumpaskan' idea-idea keganasan dan ideologi yang mereka anuti. Bagi beliau, usaha membanteras keganasan yang hanya terhenti setakat menumpaskan kumpulan militan dan ekstremis, tetapi tidak turut berusaha mematikan idea-idea keganasan dan ideologi yang mereka anuti, adalah pendekatan lama. Sehubungan itu, beliau menggesa pendekatan baru dan berbeza diambil,  iaitu satu pendekatan yang turut menekankan aspek 'membunuh' idea-idea keganasan disamping tindakan pencegahan dan pengawalan terhadap aktiviti-aktiviti militan dan keganasan. Bernama melaporkan Perdana Menteri sebagai berkata, "Kali ini, (ia) mesti berbeza. Kali ini, kita perlu menumpaskan bukan sahaja golongan ekstremis, tetapi juga idea mereka". Realitinya, usaha pembanterasan keganasan dan militan yang hanya tertumpu kepada penghapusan kumpulan militan dan ekstremis, tetapi membiarkan idea dan ideologi mereka terus hidup tanpa dirawat, hanya akan menyaksikan kelenyapan satu kumpulan militan yang sebenarnya akan disusuli oleh pembentukan kumpulan-kumpulan militan yang lain secara berterusan. Bak kata Perdana Menteri, untuk menangani ancaman ekstremisme ketika ini, "persoalannya adalah : bagaimana kita patut respons? Di masa lepas, apabila dunia digerakkan untuk memerangi golongan ekstremis, kita melancarkan perang tanpa perancangan bagi keamanan. Kita hanya menyerang satu kejahatan hanya untuk menyaksikan kemunculan lebih banyak kejahatan". Di sinilah perlunya golongan ulama dan ilmuan Islam tampil mengetengahkan pelan tindakan, strategi dan program yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan bagi tujuan merawat, dan seterusnya mematikan ideologi dan idea keganasan yang menjadi benih kepada pertumbuhan kumpulan militan. Dalam masa yang sama, para ulama juga bertanggungjawab memperjelaskan ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan kepada keamanan, keharmonian dan toleransi yang tinggi, disamping berusaha menangani kumpulan-kumpulan yang cuba mewajarkan tindakan keganasan dengan agama-EDITORIAL