23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

Menghalusi Makna 'Haji Akbar'

Ad Din
Typography
  Istilah ‘Haji Akbar’ timbul kerana ia disebut sendiri di dalam al-Quran. Firman Allah (At-Taubah : 3) : ???????? ???? ???????? ?????????? ????? ??????? ????? ??????? ????????? ????? ???????? ?????? ???? ??????????? ?????????? ????? ?????? ?????? ????? ????? ????? ??????????? ????????? ???????? ????? ???????? ???????? ????????? ???????? ??????? ???????? ?????? Maksudnya : Dan inilah perisytiharan dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari ‘Haji Akbar’, bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripada orang-orang musyrik; oleh itu, jika kamu bertaubat maka itu lebih baik bagi kamu dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak dapat melepaskan diri dari (azab) Allah. Dan khabarkanlah kepada orang kafir dengan azab yang pedih. ‘Haji Akbar’ bermaksud ‘haji yang paling besar’. Berkenaan apa yang dikehendaki dengan istilah ‘Haji Akbar’, para ulama berselisih pandangan. Majoriti ulama mengatakan, yang dimaksudkan dengan ‘Haji Akbar’ ialah hari raya korban atau Hari Raya Aidil Adha. Menurut Imam Fakhrul Razi dalam kitabnya Mafatihul Ghaib, mereka mengatakan  Hari Raya Korban dinamakan ‘Haji Akbar’ disebabkan pada hari tersebut dilaksanakan kebanyakan kewajipan dan amalan haji. Ia seperti tawaf, ibadat korban, bercukur dan melontar jamrah. Sebahagian ulama pula mengatakan, yang dimaksudkan dengan ‘Haji Akbar’ ialah hari wukuf di Arafah. Maksudnya, hari Arafah itu sendiri adalah hari ‘Haji Akbar’, tanpa mengira hari apa berlakunya hari Arafah itu. Antara yang berpegang kepada pendapat kedua ini ialah Imam Syafie r.a. Menurut pandangan mereka, hari Arafah dinamakan ‘Haji Akbar’ disebabkan amalan haji yang paling besar ialah wukuf di Arafah.  Ia dianggap amalan haji paling besar kerana sesiapa yang melakukan wukuf di Arafah bermakna telah melaksanakan haji. Manakala sesiapa yang tidak berwukuf, maka hajinya terbatal dan perlu diqadha. Adapun anggapan ramai orang bahawa ‘Haji Akbar’ ialah hari wukuf Arafah yang jatuh pada hari Jumaat, para ulama menerangkan ia hanyalah sangkaan dan tiada dalil yang menyatakan demikian. Pengarah kitab Tuhfatul Ahwazi, al-Mubarkafuri (kitab yang menghuraikan Sunan Tirmizi) mengatakan, “masyhur di kalangan orang awam bahawa hari [wukuf di ] Arafah, apabila jatuh pada hari Jumaat, maka ia adalah ‘Haji Akbar’. [Pendapat ini] tidak berasas”. Wallahu a'lam.
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.