23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

Syarat Merotan Anak Menurut Sunnah

Ad Din
Typography

Perbincangan mengenai memukul anak ini daripada sudat fekah. Ia perlu dilakukan menyeluruh termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak dan juga elemen psikologi yang lain.

1. Merotan atau memukul dibenarkan takkala anak mula berumur 10 tahun.

Sabda nabi:

"Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun).-Riwayat Abu Daud.

2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa atau 10 kali bagi hukuman qisas.

Sabda Nabi: "Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari)

Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.

Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas.

3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.

Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya.

4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:

i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.

ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.

iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.

5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)

Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan.

Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Abu Daud). Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotak di tapak tangan dan kaki.

6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah.

Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi). “Perintahkan anak-anakmu supaya mendirikan solat bermula pada usia mereka tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya enggan bersolat setelah berumur 10 tahun” (Riwayat Abu Daud)

Tips merotan anak

~ Tidak menggunakan hukuman ini kecuali jika tiada cara lain lagi. ~ Jangan memukul ketika marah. Tarik nafas dalam-dalam, hadirkan kewarasan dahulu. ~ Jangan sesekali memukul di muka dan ini termasuklah segala bentuk hukuman seperti mencubit  di pipi, Tidak memukul di bahagian yang menyakitkan seperti wajah, kepala dan dada. ~ Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi untuk member peringatan dan pengajaran. ~ Sebahagian orang berpendapat tidak boleh memukul anak yang berumur bawah 10 tahun. ~ Memukul tidak melebihi tiga kali. Juga dikiaskan dengan tindakkan Nabi yang mengulangi sesuatu sebanyak tiga kali.

www.saaid.net/tarbiah/46.htm

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.