12
Sel, Dis
884 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Rata – rata perwakilan dari seluruh UMNO bahagian sebulat suara menyatakan sokongan mereka terhadap pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutuk dan menolak sekeras – kerasnya cadangan Amerika Syarikat menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh pihak KLXpress, kebanyakan para perwakilan meluahkan rasa tidak berpuas hari mereka terhadap perkara tersebut sekaligus menyatakan penghargaan mereka terhadap kesungguhan Najib.

“Ia sesuatu yang wajar dan kami inigin melahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Najib atas kesungguhan dan keberanian yang ditunjukkan beliau. Diharap agar seluruh umat Islam di dunia ini untuk bangkit bersama dengan kepimpinan Datuk Seri Najib untuk menolak dan kita harap agar ia menjadi satu reality yang cukup hebat pada agama, bukan sahaja dalam Malaysia, tetapi di seluruh dunia,” ujar Presiden Veteran MAYC Malaysia, Datuk Nasir Safar.

Sementara itu, bagi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohamed Noor Mohamed Amin, dari konteks ahli UMNO, pihaknya menyokong penuh ucapan yang disampaikan oleh Najib berhubung kecaman terhadap menjadikan Baitul Maqdis ibu negara

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini memberi cadangan agar pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tertinggi Nasional (PTPTN) mempertimbangkan pemberian khidmat dan servis pinjaman pendidikan kepada pelajar di luar negara.

Menurut Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, kebanyakan pelajar luar negara tidak mendapat pembiayaan dari sebarang pihak, walaupun ada segelintir daripadanya mendapat pembiayaan daripada pihak swasta dan juga agensi kerajaan.

“Saya ingin mencadangkan

KUCHING - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada April 2015 telah membantu menyelamatkan ekonomi negara pada hari ini.

Biarpun pengenalan GST ini tidak popular dan mengundang pelbagai tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas, ia sedikit pun tidak menjejaskan usaha kerajaan untuk melaksanakannya dan hari ini ia terbukti telah membantu menyelamatkan ekonomi negara.

Menurut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kejatuhan harga minyak dunia telah

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan Raja Petra Kamarudin susulan laporan polis dibuat Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa penulis blog itu memfitnahnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keterangan Raja Petra diambil di United Kingdom pada Rabu lalu oleh pasukan penyiasat terdiri daripada tiga pegawai polis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Ya, pasukan penyiasat telah merakam keterangannya," kata Mohamad Fuzi ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia atas sumbangan mereka kepada usaha mendorong pembangunan negara, dengan menyatakan bahawa pelbagai langkah disusun untuk memperkasakan mereka.

Beliau menekankan bahawa tiada siapa yang perlu ketinggalan, terutamanya wanita, dalam usaha memajukan Malaysia dengan lebih bermakna.

"Kita sememangnya mahu Malaysia maju sehingga mencipta kegemilangan dan kita berasa bersyukur dengan

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak bakal membangunkan Samalaju sebagai pusat industri maju yang merupakan salah satu daripada komponen terpenting dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Justeru itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berharap agar diwujudkan daerah baharu Samalaju bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Dengan adanya daerah baharu itu nanti ianya juga dilihat dapat memudahkan proses

KUCHING – Isteri Ketua Menteri,  Datin Patinggi Amar Dato Juma'ani Tun Tuanku Bujang pada petang semalam telah  menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Wanita Sarawak yang diketuai oleh Pengarahnya, Noriah Ahmad di pejabat SABATI, Wisma Sultan Tengah di sini. 

Tujuan kunjungan untuk menjemput Jumaani merasmikan Program Family Walk & Walk 2017 yang akan berlangsung pada 4 November ini di perkarangan Dewan Undangan Negeri Lama.

Menurut Noriah, program ini diadakan sempena

Lebih banyak artikel..