24
Isn, Jul
661 ARTIKEL BARU

Angkara Husam Banyak Projek Pas Kelantan Gagal?

Editorial
Typography

KASIHAN mendengar rintihan dua penduduk Pasir Puteh, Kelantan terhadap projek stadium baharu yang dijanjikan sejak bertahun lalu terbengkali sehingga sekarang. Menerusi video yang dipaparkan dari Pasir Puteh Today, mereka jelas kecewa yang teramat terhadap janji-janji kosong kerajaan Pas negeri. Link Video

Kata Mohd. Nawi Abdul Ghani, setiap kali menjelang pilihan raya umum, akan adalah kelibat mereka daripada kerajaan negeri menjalankan kerja-kerja menyukat tanah di Kampung Lubuk Merbau, Pasir Puteh.

Nada seorang lagi penduduk, Zailani Mohd. Nawi juga sama. Tanah kawasan kampung itu dikatakan mahal tetapi hendak dipecahkan lot tidak dibenarkan, kononnya akan dibeli kerajaan negeri. Tetapi sehingga hari ini, rupa-rupanya hanya omongan kosong belaka.

Hendak dipersalahkan 100 peratus kepada kerajaan Pas Kelantan pun tidak boleh juga. Buruk dan negatif imej Pas Kelantan dan Menteri Besar sebelum ini, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semuanya mungkin kerana angkara exco yang juga orang kanannya, Husam Musa.

Husam waktu itu dikenali sebagai master mind dalam pembangunan sosial ekonomi di Kelantan. Dia dikatakan gemar projek-projek mega tetapi gagal membangunkannya atas alasan 'tak cukup modal'.

Stadium baharu adalah antara berbaris projek yang dijanjikan Husam yang kini hanya tinggal batu nesan yang usang menjadi tugu sejarah untuk dikenang rakyat bahawa betapa gagalnya Husam dan Kerajaan Pas Kelantan membangunkan negeri tersebut.

Lebih menjengkelkan lagi, sedekah ditagih oleh Pas di sana sini setiap kali berceramah. Peliknya lagi, tiada sebarang audit atau pembentangan perbelanjaan yang merekodkan ke mana duit itu dibelanjakan.

Itu sebabnya apabila Husam bertanding di Putrajaya pada 2013, segala rekodnya di Kelantan didedahkan kepada pengundi. Akibatnya, Husam tersungkur di Putrajaya. Bahkan Husam tidak diterima lagi dalam Pas, dipecat pada April 2016 sebelum menyertai Parti Amanah Negara (PAN) pada 31 Ogos tahun lalu.

Antara projek Husam yang gagal di Kelantan:

* Projek Tanaman Depu, Gua Musang - GAGAL

 

* Projek Pelabuhan Darat, Kuala Krai - GAGAL

* Projek Agro Tourism, Jeli (RM250juta) - GAGAL

* Projek Pembinaan Terminal Bas Bersepadu, Kubang Kerian (RM328juta) - TIPU DAN GAGAL

* Projek Pelancongan Danao, Tok Uban (RM885juta) - GAGAL DAN RUGI

* Projek Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat - GAGAL

* Projek Bandar Perikanan Tok Bali (RM800juta) - GAGAL

* Pusat Peranginan Tasik Kwong, Rantau Panjang (RM1.5juta) - GAGAL

* Penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 - TIPU

Husam! sesekali renung dan hayatilah sabda Rasulullah S.A.W:

"Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". 

 

- Hadith Riwayat Bukhari.