24
Isn, Jul
661 ARTIKEL BARU

Fitnah Pembangkang Kian Dahsyat…Terdesak

Editorial
Typography

PAKATAN Harapan  semakin terdesak mahu merampas kuasa Barisan Nasional  (BN) apabila kebelakangan ini mula mengadu-domba isu yang bukan-bukan. Dakwaan terbaharu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Batu Tiga, Rodziah Ismail kononnya  jari palsu  yang ditempah khas daripada China  telah dibawa masuk oleh BN untuk menipu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) amat mengejutkan.

Begitu mudah ungkapan fitnah itu keluar daripada mulut Rodziah, padahal kalau tidak ada kenyataan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun kita rakyat Malaysia maklum itu apabila kenyataan itu dari mulut Rodziah -  sekadar `cakap-cakap’ atau  spekulasi yang tidak dapat dibuktikan.

Tetapi mujurlah SPR pantas  bertindak menjelaskan kepalsuan kenyataan Rodziah.

Tegas Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah:

“Sumber imej tersebut diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab di negara ini daripada internet yang tersebar di sebuah negara jiran.

“Sumber asal imej tersebut disyaki dipetik daripada laman akikofujita.com yang menyiarkan artikel tulisan Shintaro Hasyahi yang bertajuk ‘Prosthetic Fingers Help Reform Former Yakuza Members’ yang disiarkan pada 16 Disember 2013.

“Imej tersebut kemudiannya digunakan oleh pihak tertentu di Indonesia yang kononnya akan digunakan dalam Pilihan Raya Serentak Indonesia 2017 yang sedang berlangsung dan ditularkan.”

Adakah penjelasan SPR ini telah menjawab fitnah Rodziah?

Jawapannya, belum lagi kerana dalam banyak keadaan melalui pengalaman lepas apabila fitnah atau tohmahan dilemparkan oleh pembangkang ini menjadi tular di media sosial, kebinasaan telahpun berlaku. Kata orang putih: Damage has been done.

Masih ingat tak lagi `tular paling laku’ di media sosial menjelang PRU-13 tempoh hari.

Bukankah ketua umum PKR waktu itu yang kini dalam penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kira-kira 40,000 pekerja Bangladesh telah dibawa atau diserap masuk ke Malaysia untuk menjadi pengundi hantu.

Dan dia juga orang yang sama mendakwa sebahagian besar atau ada ada bilangan tertentu wakil rakyat BN akan melompat ke pembangkang manakala ‘Yang di-Pertuan Agong dikatakan sedang menunggu ketua pakatan pembangkang di Istana Negara untuk diperkenankan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri’.

Bukankah dua dakwaan ini terbukti bohong semata-mata. Tetapi mana permohonan maaf daripada Anwar? Tak ada langsung. Hampas.

Sesuatu yang perlu dipelajari oleh Rodziah dan sekalian juak-juaknya dalam pakatan harapan diketuai induknya, DAP:

"Three things cannot be long hidden : the sun, the moon, and the TRUTH.."