24
Isn, Jul
661 ARTIKEL BARU

PPBM Berkubur Sebelum  PRU-14?

Editorial
Typography

TIDAK banyak diketahui mengenai kedudukan bahagian atau akar umbi parti baru setahun jagung, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Eh! ada akar umbikah?

Kalau sebut  sahaja PPBM, nama mereka yang terpacul di mulut hanyalah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kalau nak tempias sayup-sayup di telinga barangkali Datuk Seri Mukhriz.

Mereka bertiga sahajalah. Pemimpin atau ahli yang lain tidak melekat namanya di fikiran orang ramai.

Kalau ada cerita pun pasal PPBM, ia hanyalah berkisar `cium mulut’ Dr. Mahathir dengan musuh ketatnya dahulu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. Marah sungguh orang Melayu dengan kerjasama erat Mahathir-Kit Siang-DAP ini untuk menggugat kuasa politik orang Melayu ini.

Dan apabila dikhabarkan ahli-ahli  PPBM Bahagian Baling berada di dalam kegelisahan dengan perubahan pucuk pimpinan PPBM bahagian itu, orang ramai terutama yang berada di Lembah Klang terkejut. Terkejut bukan kerana insiden itu tetapi kerana tidak menyedari pun PPBM ada bahagian seperti parti yang kuat seperti UMNO.

Jarang kedengaran atau disebut-sebutpun oleh Mahathir dan Muhyiddin mengenai perjalanan  bahagian-bahagian PPBM di seluruh negara. Berapa jumlah bahagian dan cawangan PPBM dan keahlian part itu?

Justeru, kalau satu bahagian ini  pun sudah mula kedengaran kewujudannya, tetapi malangnya `kekwat’ dengan kisahnya tidak molek pula (negatif), maka ketara sangatlah PPBM tidak ada daya ketahanannya untuk berfungsi sebagai sebuah parti politik.

Apatah lagi mahu menggantikan parti Melayu UMNO dan konon khabarnya juga mahu bertanding di kerusi-kerusi Parlimen dan DUN Felda. Serta angan-angan menggunung tinggi lagi mahu merampas Kelantan daripada Pas.

Apabila dilaporkan ramai ahli PPBM Baling yang berdaftar memohon menarik diri daripada aktiviti parti itu, kita semua maklum sejauh mana PPBM boleh pergi.

Mungkinkah belum masuk gelanggang PRU-14, PPBM hanya tinggal sisa.

Kalah  sebelum berperang?