18
Jum, Ogs
861 ARTIKEL BARU

Pembangkang Makin `Panas Punggung'

Editorial
Typography

IMPAK  inisiatif yang digerakkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperhebatkan  pelaburan Kuala Lumpur-Beijing mengakibatkan Perdana Menteri berdepan dengan serangan yang cukup mencabar.

Kelihatan ada pihak seolah-olah tidak menyambut baik pelaburan China dalam ekonomi Malaysia. Ini sekali gus kerana   tidak mahu melihat peluang pekerjaan, kemahiran dan peningkatan dalam kehidupan rakyat negara ini.

Bahkan, ada yang mendakwa bahawa kedaulatan Malaysia sedang dijual. Ini juga tidak masuk akal dan adalah palsu. Terbaharu, timbul dakwaan jahat mengatakan kepimpinan China tidak lagi menyokong Najib dan hubungan antara dua negara itu hancur lebur.

Tetapi semalam di Beijing,   situasi semasa majlis makan tengah hari yang dihadiri para pemimpin dunia telah merubah segala dakyah itu kepada baguslah.

Daripada 30 pemimpin dunia yang hadir pada majlis makan tengah hari itu,  Najib  duduk di sebelah Presiden China Xi Jinping.

Ini lantas menangkis segala dakwaan jahat hubungan Malaysia-China.

Malah, Jinping semalam menyifatkan hubungan Beijing-Kuala Lumpur pada masa ini adalah pada tahap yang terbaik dalam sejarah.  Dan China akan memajukan perkongsian strategik yang komprehensif dengan Malaysia untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala.

Realiti dan hakikatnya tidak ada apa yang perlu ditakuti dan diragui daripada jalinan kerjasama, hubungan dua hala dan pelaburan China-Malaysia.

Projek infrastruktur yang terkandung dalam perjanjian berkenaan akan terus menjadi milik Malaysia dan dikendalikan rakyat Malaysia sendiri.

Bagaimanapun, demi manfaat bersama, Kuala Lumpur membinanya secara kerjasama dengan rakan dari China - sama seperti firma Malaysia mengadakan usaha sama dalam melaksanakan projek termaju di seluruh China.

Perjanjian berkenaan akan menyemarakkan lagi ekonomi Malaysia serta membantu seluruh rakyat negara ini untuk mendapatkan peluang lebih baik serta menikmati kehidupan lebih makmur.

Ini kerana semua perjanjian ini sebenarnya adalah untuk seluruh rakyat. Ia sama seperti beribu-ribu penternak burung layang-layang dan setengah juta pekebun kecil sawit kerana ia diusahakan untuk syarikat terkenal.

Perjanjian antara Beijing-Kuala Lumpur akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi kedua-dua negara.

Kelak memberi manfaat ketara kepada rakyat untuk beberapa dekad akan datang.