18
Rab, Okt
775 ARTIKEL BARU

Pelik Bila PAN Pertahankan Hannah

Editorial
Typography

BUKANLAH mengejutkan apabila Parti Amanah Negara atau akronimnya PAN  tampil mempertahankan buku bertajuk 'Becoming Hannah' yang dihasilkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh.

Tidak pelik kerana PAN bukanlah dianggotai pemimpin-pemimpin tulen Pas yang cenderung ke arah Islam.

Sepatutnya ulasan seorang pensyarah universiti tempatan terhadap buku ADUN Subang itu diamati  dan diteliti terlebih dahulu sama ada benar buku berkenaan mengandungi banyak kisah dan petikan dari Bible. Masakan pensyarah berkenaan tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengulasnya.

Rasanya tidak rugi untuk sesiapa tidak mengulas buku “Becoming Hannah” kerana tidak mendatangkan keuntungan kepada umat Islam.

Cuma apabila PAN mengulas dan menyokongnya, ia tiba-tiba menjadi pelik kerana tindak tanduk pemimpin PAN tidaklah terlalu  cenderung dalam membela dan mempertahankan Islam.

Kalau dilihat gelagat orang kuat PAN yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad lagilah mengharukan apabila dikaitkan dengan peranan orang Islam dalam mempertahankan agamanya.

Ingatkah insiden Julai 2014 apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka terhadapnya  kerana bersikap biadab dan jahil dalam mengeluarkan kenyataan berhubung Majlis Agama Islam Selangor, MAIS?

Kenyataan Khalid yang mempersoalkan perkara itu dianggap tidak bertanggungjawab dan penentangan terhadap kuasa baginda sebagai ketua agama Islam di Selangor.

"Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

"Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang," demikian titah bagida.

Kepada mereka yang duduk dalam pucuk pimpinan PAN, renungilah firman Allah SWT Surah Al-Baqarah, 2 : 120 berikutbyang maksudnya:

”Orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian) tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):

“Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar.)”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut kehendak mereka.

Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana banyak yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut kepada adat dan cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredran zaman, sekali pun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan nilai-nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia.

Hakikat ini WAJIB disedari, dan mana-mana yang telah terlanjur, WAJIB kembali ke jalan yang benar.”.