12
Sel, Dis
913 ARTIKEL BARU

Konspirasi’ Membadai DAP?

Editorial
Typography

DARI DUN Pujut ke DUN Pinji pula.  Tak habis-habis kontroversi membabitkan anggota DUN dari DAP. Isunya sama berkaitan kewarganegaraan. Nampaknya orang kuat DAP anak beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tak boleh terkata apa dah.

Tempoh hari bukan main `terkejutnya’  Guan Eng  dengan keputusan  DUN Sarawak melucutkan keanggotaan ADUN Pujut terbabit, Dr Ting Tiong Choon. Kali ini giliran ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How pun takkanlah reaksi yang sama diluahkan?

DAP kini perlu menjelaskan status ADUN tersebut kerana terdapat bukti bahawa Howard Lee pernah memiliki dwi kerakyatan UK-Malaysia. Masakan Guan Eng tidak tahu latar belakang calon-calon DAP waktu ditampilkan dalam senarai calon pilihan raya lalu.

Jangan cakap pula kerana tidak ada persefahaman atau tidak sehaluan dengan kem DAP sepupu-sepapat dari Perak, Ngeh Koo Ham dan Ngah Kar Meng, maka Guan Eng tidak ambil kisah.

Begitu juga halnya dengan ADUN Pujut terbabit. Adakah kemungkinan berlaku tidak puas hati antara Dinasti Lim dengan DAP Sarawak yang diketuai Chong Chieng Jen yang memiliki `kuasa autonomi’ DAP di sana sehinggakan  DAP Pusat buat tak tahu sahaja dengan  terlepas pandang piawaian senarai calon?

Waima apa pun, di sebalik insiden kewarganegaraan melibatkan ADUN Pujut dan Pinji, kemungkinan wujud konspirasi dalaman DAP tidak  boleh ditolak. Sama ada Kit Siang/Guan Eng perlu membuat penjelasan ini kepada ahli dan pengikutnya, ia terserah kepada mereka.

Apa yang pasti, ada sesuatu yang tidak kena sedang membadai DAP.

Mengenai bab peraturan kewarganegaraan, nampaknya calon-calon DAP perlu `disekolahkan’ semula. Baca peraturan berikut:

  • Mengikut Perkara 24(1) Perlembagaan Persekutuan, kerajaan Persekutuan juga boleh melucutkan kewarganegaraan Malaysia kepada individu yang telah memperoleh kewarganegaraan negara lain.
  • Mana-mana warganegara yang memilih mendapatkan kerakyatan negara lain, maka dia perlu membuat pelepasan kewarganegaraan Malaysia di JPN berdasarkan Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan.
  • Malah, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk melucutkan kewarganegaraan seseorang jika terdapat warga yang tidak membuat pelepasan kewarganegaran walaupun telah mendapatkan kewarganegaraan negara lain.