29
Kha, Jun
626 ARTIKEL BARU

Pencapaian NTP Bukti Cemuhan Pembangkang Retorik

Editorial
Typography

KEJAYAAN Program Transformasi Negara (NTP) membuktikan Malaysia berada di landasan yang betul untuk keluar dari cabaran  ekonomi semasa yang mengigit ini. NTP  berkenaan mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merapatkan jurang menuju sasaran pendapatan tinggi daripada 33 peratus kepada 18 peratus antara tahun 2010 hingga 2016.

Ini sekali gus  membuktikan segala tohmahan yang dilemparkan kepada pi­hak kerajaan adalah retorik semata-mata. Hasil yang diperoleh menerusi NTP di bawah pimpinan Perdana Men­teri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar diberikan pujian.

Ini sekali gus  membuktikan bahawa segala tohmahan seperti negara akan muflis dan ekonomi meleset adalah tidak benar sama sekali malah pimpinan kerajaan Barisan Nasional sentiasa komited dalam memberikan perubahan kepada negara.

Mengambil kira penca­paian suku yang lepas pun, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang lebih baik dalam tempoh akan datang, dengan rata-rata firma penyelidikan menaikkan unjuran ke atas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun ini.

Perkembangan itu juga bakal menyaksikan lebih ramai rak­yat Malaysia berbaris panjang di kaunter pelepasan dan ketibaan imigresen di KLIA. Rakyat Malaysia pastinya terus menikmati kehidupan yang lebih baik hasil daripada pelbagai program transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Rakyat harus bijak menilai komitmen yang diberikan oleh kerajaan dalam membangunkan negara. Dan bukannya sekadar menerima bulat-bulat perkara yang disampaikan oleh pembangkang.

Langkah seperti pemansuhan subsidi minyak, pengurangan kebergantungan kepada hasil minyak, rasionalisasi subsidi dan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah memberi banyak pulangan kepada rakyat dan negara.

Pelaksanaan NTP menunjukkan komitmen yang diberikan oleh kerajaan dalam membangunkan negara.

Malah, pendekatan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengambil kira semua pandangan setiap pihak mampu membentuk sebuah negara yang berdaya saing pada masa hadapan.