20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

Proton Milik Swasta Lah.. Bukan Kerajaan

Editorial
Typography

SEMALAM Mantan Perdana Menteri yang bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan kerajaan menyatakan negara kehilangan ikon negara apabila kerajaan menjual 49.9% kepentingan dalam Proton kepada sebuah Syarikat kereta dari China iaitu Geely Holding yang merupakan pemilik Volvo Car Group dari Sweden.

Pertama, penulis ingin menegaskan Proton bukan lagi milik kerajaan apabila pada awal tahun 2012, DRB-Hicom telah membeli kepentingan 42.7% milik khazanah. DRB-Hicom merupakan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Ini bermakna hala tuju Proton ditentukan sendiri oleh syarikat tersebut.

Kedua, perkara yang perlu difikirkan ialah sampai bila Proton nak bergantung kepada pasaran tempatan. Pada tahun 2016 jumlah keseluruhan kereta Proton terjual hanya sebanyak 65,067. Jauh lebih rendah dari kemampuan jumlah yang boleh dikeluarkan kilang Proton setiap tahun. Untuk bertahan lama, Proton perlu mencari rakan strategik perniagaan bagi membantu mereka keluar dari terus mendapat kerugian serta meningkatkan jualan ke peringkat antarabangsa. Contoh China yang mempunyai pasaran luas (25 juta kenderaan) setahun.

Ketiga, dakwaan Tun Mahathir kononnya kerajaan hendak menggadaikan Proton kepada syarikat luar, terutamanya kepada China sebenarnya tidak timbul dan hanya berniat jahat memburukan kerajaan. Proton kini bukan lagi milik kerajaan dan keputusan ini dibuat oleh Proton sendiri yang merupakan syarikat swasta.

Tun Mahathir perlu faham, langkah ini bukan untuk menggadaikan ikonik negara tetapi untuk mencari peluang membantu Proton membangun secara lebih cekap dan setanding jenama besar dalam industry automobil dunia.