12
Sel, Dis
913 ARTIKEL BARU

Yang Mana Satu `PM' Idaman Kalbu...'

Editorial
Typography

SIBUK kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencari pelaburan untuk negara, hiruk-pikuk pula Pakatan Harapan berkira-kira menyenaraikan calon PM (Perdana Menteri) mereka.

Sepatutnya harus ada rasa malu.

Sudahlah agak berserabut dengan isu dalaman masing-masing, antaranya kisah ADUN Pujut dari DAP yang tersadung dek isu kerakyatan Australia dan di Pulau Pinang, ada desakan supaya ketua menterinya bercuti, itu pun masih teruja menamakan calon PM.

Hairannya bukan seorang pula tu. Selepas Anwar Ibrahim, masuk pula Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan diikuti Dr. Mahathir sendiri (yang amat Datuk Zaid Ibrahim berkenan).

Lebih kelakar lagi, nama Mat Sabu pun masuk dalam senarai.

Apa sudah jadi ni?

Agaknya elok sangatlah mereka dalam Pakatan Harapan renungilah balik apa yang diperkatakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

"Bila menang boleh buatlah, kalau belum menang nak bubuh nama sendiri itu syok sendiri,"  kata Dr. Mahathir.

Sebenarnya parti-parti dalam Pakatan Harapan tak perlu bertelagah untuk menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri kerana DAP sendiri yang akan membuat keputusan itu jika mereka berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Ini kerana DAP mempunyai kerusi Parlimen terbanyak dalam Pakatan Harapan dan parti itu paling berhak menentukan kedudukan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pakatan Harapan boleh hayati dan lagukan bait-bait tertentu dalam lirik lagu berikut:

 

Yang mana satu

Idaman kalbu

Tidak tertahan

Menanggung rindu

Mungkinkah jauh

Berbatu-batu

Atau di balik

Awan yang biru

 

Kalaulah aku

Jadi temanmu

Masak-memasak

Serah padaku

 

Kalaulah aku

Jadi suami

Kain baju

Aku cuci

 

Hai tukang masak

Aku tak sudi

Hai tukang cuci

Menyakitkan hati

Aku mencari

Biar berpadan

Asal di hati

Dapat berkenan

 

Inilah dia

Yang dicari-carinya

Misai tebal

Ular sawa

 

Ini orangnya

Idaman dara

Lawa tiada

Manis ada

 

Oh sungguh susah

Cari pasangan

Tak mau yang gagah

Kurus pun bukan

Hati dah bosan

Tidak berkenan

Sebab perangai

Tidak siuman

 

Biarlah setan

Ataupun hantu

Cukup bulan

Makan batu

 

Biarlah hantu

Atau jembalang

Balik kampung

Tanam kacang