18
Rab, Okt
775 ARTIKEL BARU

Psikopatkah Rafizi?

Editorial
Typography

INILAH bahananya akibat ghairah memfitnah dan mentohmah orang, akhirnya memakan diri sendiri. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sudah sepatutnya tutup buku dah label pemfitnah dan si kemaruk putar-belit yang diberi orang terhadapnya.

Apabila semalam dia tampil memohon maaf gara-gara kesilapannya yang mengaitkan Florence Goh dengan pelobi Amerika Syarikat, Rafizi  kenalah akui akan realiti dirinya sudah tidak dipercayai lagi dalam mengeluarkan dakwaan terhadap seseorang atau pihak lain.

Kalau diikutkan sudah beberapa kali  Rafizi bertunggu tangga di mahkamah ekoran masalah gemar memfitnah yang `mengganggunya’.

Paling teruk adegan memfitnah daripadanya yang tular ialah  dia pernah menjaja  isu `cincin’ sebelum  pilihan raya umum ke-13 yang motifnya hanya untuk menimbulkan kebencian rakyat.

Kemudian setelah diheret masuk ke mahkamah dan disoal, barulah Rafizi  bersuara bahawa kenyataan isu cincin isteri pemimpin kerajaan itu hanyalah lawak jenakanya.

Daripada tindak-tanduk Rafizi, seolah-olah ada tekanan jiwa dalam dirinya.

Adakah dia seorang psikopat?

Psikopat berasal dari kata psyche (jiwa) dan pathosi (penyakit).  Psikopat bererti sakit jiwa. Namun, psikopat tak sama dengan kegilaan (skizofrenia/psikosis), sebab seorang psikopat umumnya disebut “Sosiopat”, kerana perilakunya yang anti-sosial yang merugikan orang-orang terdekat tanpa empati sedikitpun. Ini meskipun dia menyedari seluruh perbuatannya.

Ciri-ciri umum penderita Psikopat :

  • Pandai menciptakan kebohongan yang sempurna
  • Memiliki kemampuan menguasai emosi orang lain bahkan memanipulasinya.
  • Lemah dalam mengawal emosi dan mampu menyimpan dendam dalam waktu yang lama serta menunggu ada kesempatan untuk membalas.
  • Cerdas, serta pandai memanipulasi ekspresi.
  • Tidak memiliki empati (respons) atas rasa sakit atau kedukaan orang lain.
  • Memiliki keegoan yang  tinggi.

Dikhuatiri Rafizi menghidap sejenis masalah jiwa  dikenali Obsesif Compulsif Disorder (OCD). Ciri-ciri penyakit ini termasuklah  melakukan tindakan yang berulang-ulang.

Apakah masalah kejiwaan  ini ada dalam diri Rafizi?