27
Sel, Jun
634 ARTIKEL BARU

Skandal Dirinya Kenapa Muhyiddin Lari?

Editorial
Typography

ISU dakwaan terhadap 1MDB menyebabkan ada kalangan anggota Pakatan Harapan menjadi tidak keruan. Ini lebih-lebih lagi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila Jabatan Kehakiman  (DoJ) Amerika Syarikat sekali lagi  ‘baling batu sembunyi tangan’, Muhyiddin dan suku-sakatnya  mulalah menangguk di air keruh.

Media asing dan negara tertentu dengan senang-senang ‘menghentam’ kita sesuka hati. Tetapi Muhyiddin buat tak tahu, selamba dan enggan menangkisnya. Kalau kena negara lain, rakyat mereka kalau tidak pun bermatian-matian, akan mencuba sekurang-kurangnya membangkitkan sesuatu kepada kedutaan negara terbabit mengapa peliknya 'saman sivil DoJ’ seumpama itu.

Hairan juga apabila media yang dikatakan sehebat The Wall Street Journal (WSJ) dan Telegraph tidak pula menggunakan sumber daripada DoJ sendiri, sebaliknya berani meletakkan sebagai 'sumber’ sahaja.

Adakah DoJ sendiri tidak yakin untuk mengeluarkan maklumat kepada media-media berkenaan untuk laporan itu di-'spin’ (diputarbelit)? Menyorot beberapa laporan berkaitan isu DoJ vs 1MDB ini, didapati beberapa artikel yang disiarkan terutama yang menggunakan 'sumber’, telah dipadamkan selang tidak beberapa lama kemudian.

Realitinya, ramai yang musykil terhadap tindak-tanduk DoJ yang dianggap terang-terangan ‘membuli’ Malaysia.

Bagaimana mungkin tindakan undang-undang boleh disabitkan ke atas 1MDB, walhal DoJ langsung tidak menyiasatnya secara langsung. Kalau benar-benar DoJ serius dan tidak sekadar saman suka-suka, sepatutnya Peguam Negara Amerika Syarikat sebelum ini, Loretta Lynch telah lama menghantar pegawainya ke Malaysia bagi tujuan penyiasatan? Adakah nampak kelibat mereka di sini?

Tentulah pelik bukan apabila pihak yang dituduh, 1MDB sendiri mengaku tidak ada wang hilang, namun DoJ pula yang beria-ia berlagak kononnya seperti 'profesor serba tahu’ mengeluarkan dakwaan itu ini kononnya 'ada berbilion hilang’. Lagi pelik apabila tidak ada apa-apa siasatan langsung dilakukan.

Tindakan saman sivil yang dikenakan ke atas syarikat pelaburan negara itu juga boleh disifatkan satu perbuatan buli terhadap negara ini selain cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia sewenang-wenangnya. Bahkan, segala dakwaan yang dibangkitkan tidak disertakan dengan bukti kukuh sekali gus dianggap sebagai fitnah dan mempunyai agenda tersembunyi.

Sekiranya DoJ serius untuk memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan, kepada siapa pula aset itu akan dipulangkan. Mereka hendak pulangkan kepada siapa apabila mereka tidak lagi mempercayai kerajaan negara ini? Rakyat Malaysia perlu bersatu dan menghentikan ‘inisiatif’ DoJ ini untuk mengelirukan rakyat negara ini.”

Setakat hari ini, pakatan pembangkang di negara ini termasuklah Muhyiddin tanpa bersandarkan lunas demokrasi - hanya menggunakan isu 1MDB sebagai umpan untuk menabur kebencian rakyat terhadap kerajaan sejak dua tahun kebelakangan ini.

Ia semata-mata tidak lain dan  tidak bukan untuk berkuasa tanpa melalui lunas-lunas demokrasi.

Nampaknya Muhyiddin benar-benar cuba bertindak ala `profesor serba tau’ di kala genap setahun semalam skandal dirinya dengan seorang wanita, Nika Ghee terbongkar.