21
Sel, Nov
914 ARTIKEL BARU

Rafizi Patut Bina Diri Sendiri Dahulu Bagi Betul

Editorial
Typography

SUDAH nak berbuih mulut bercakap pasal si kaki fitnah dan putar belit Rafizi Ramli ini. Tak terkira cerita fitnah keluar dari mulut Naib Presiden PKR ini. Apa sahaja yang keluar dari mulut Rafizi ini kalau tidak fitnah, pasti `sampah’. Tidak kira di tempat terbuka atau terang benderang pun, si kaki fitnah itu akan buat juga.

Pernah suatu ketika dia seakan-akan sudah terdesak pun, masih lagi mampu menipu orang ramai seolah-olah dia `digari’  polis  dengan kedua-dua tangan diletakkan ke belakang semasa direman kerana membocorkan satu dokumen rahsia. Meskipun aksinya bohongnya sudah terang lagi bersuluh di tempat khalayak, kalau sudah lagaknya si penipu, dia akan buat juga.

Ini tidak menghairankan kerana  Rafizi  dengan penampilan ala-ala pondan ini cukup licik dengan gelaran  kaki `spin’. Peliknya, dia tidak kisah, tidak peduli meskipun mendapat jolokan si penabur fitnah. Seolah-olah sudah menjadi makanan harian Rafizi.

Hal berkenaan `cincin’ yang didakwanya milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari yang habis  dijajanya sebelum  pilihan raya umum ke-13.  Digembar-gemburkan untuk menimbulkan kebencian rakyat. Kemudian setelah diheret masuk ke mahkamah dan disoal, barulah Rafizi bersuara bahawa kenyataan isu cincin Rosmah itu hanyalah lawak jenakanya.

Kenyataan Rafizi ini seolah-olah sesiapa sahaja yang membuat fitnah boleh lepas dengan alasan lawak jenaka.

Periksalah hansard semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di Parlimen sebelum ini pun cukuplah. Banyak fakta telah dikeliru atau dimanipulasi oleh Rafizi, sehinggakan wakil-wakil kerajaan terpaksa buat homework memperbetulkannya.

Perlakuan Rafizi tidak mencerminkan ungkapannya. Hampas belaka. Tidak pernah menyesal.

Putar belit dan main wayang senantiasa. Tetapi malang sekali, putar belit itu `melekat’ bagaikan gam dalam fikiran segelintir orang.  `Damage has been done’.

Jika dipulangkan kembali paku buah keras, mampu pula dia `pusing’ balik 360 darjah terhadap para pengkritiknya.  Kalau lihat senarai fitnahnya pun sudah banyak kali Rafizi berurusan di mahkamah.

Rafizi oh! Rafizi. Tak serik-serik kamu.

Antara fitnah dan kesalahan Rafizi sehingga dihadapkan ke mahkamah:

Fitnah Rafizi:

-Mendakwa kos RM21 bilion adalah bagi jajaran MRT sejauh 21 kilometer yang dibuka sebelum ini (kononnya RM1 bilion bagi setiap kilometer).

-Fakta = RM21 bilion itu untuk keseluruhan pakej Fasa 1 dan 2 MRT1 berjarak 51km.

Hukuman/kesalahan Rafizi

14 November 2016

-Dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

-Didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

-Mendedahkan satu halaman Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mac 2016.

1 November 2016

-Didenda RM1,950 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 

-Anjurkan perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur bertujuan menghasut rakyat jatuhkan kerajaan pada 2013.

31 Oktober 2016 

-Didenda RM200,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

-Memfitnah Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dan syarikat tersebut. 

-Turut diperintahkan membayar kos RM100,000 kepada Mohamad Salleh dan NFCorp.

April 2016

-Menjaja  isu `cincin’ semasa PRU-13  untuk cetuskan kebencian rakyat. 

-Setelah diheret ke mahkamah,  Rafizi bersuara mengatakan   isu cincin isteri pemimpin kerajaan itu hanya ungkapan berseloroh.

Januari 2016

-Didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

-Memfitnah ahli-ahli UMNO merancang cetuskan ketegangan agama dengan menyerang gereja-gereja di Selangor pada 2014.