24
Isn, Jul
659 ARTIKEL BARU

Sumbangan Najib  Dihargai Oleh Masyarakat India

Editorial
Typography

DEWAN Merdeka PWTC ,  merupakan sebuah dewan  yang  pernah  menyaksikan  pelbagai acara dalam  lipatan sejarah politik Malaysia. Sehubungan ini, pada bulan April yang lepas (2017), Pelan Tindakan Pembangunan Kaum India atau Malaysian Indian Blue Print (MIB) yang ditunggu-tungu  kaum India telah dilancarkan  oleh YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri di dewan tersebut. Pelacaran MIB itu membuka tirai era baru bagi 2.8 juta orang warga India, yang merupakan lebih kurang tujuh peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Meskipun kerajaan telah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk membantu membangunkan kedudukan sosio-ekonomi kaum India sejak merdeka, MIB ini merupakan sebuah dokumen rasmi yang julung kali dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan menggariskan pelan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India. Pelan ini menggariskan hala tuju yang jelas  untuk memperkasakan masyarakat  India  agar mereka bersama-sama  menyertai dan menikmati arus perdana pembangunan negara. Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat India juga ditubuhkan khas dengan lantikan seorang Ketua Pengarah, untuk memantau dan melapor kepada Jawatan Kuasa Kabinet yang dipengerusikan Najib. Malah Dato Seri Dr.S.Subramanian, Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan MIB.

Meskipun ada pihak yang menimbulkan reaksi bercampur-baur terhadap pelaksanaan pelan tindakan yang digariskan dalam MIB, malah ada pihak yang mendakwa  MIB sebagai satu gimik politik untuk  meraih sokongan kaum India menjelang PRU14,  Najib menolak dakwaan tersebut malah menegaskan bahawa MIB adalah bukan cerita cakap –cakap kosong atau ‘vetti pechu’ dalam Bahasa Tamil malah akan menjadi kenyataan  atau ‘nijam’ dalam Bahasa Tamil. 

Dengan perhatian dan tumpuan Najib kepada pembangunan kaum India sejak beliau mengambil alih kepimpinan kerajaan pada tahun 2009, sebahagian besar masyarakat India beralih menyokong kerajaan BN yang dipimpin oleh beliau. Sejak tahun 2012, beliau telah menyediakan peruntukan kerajaan sebanyak RM 900 juta untuk pembangunan sekolah Tamil malah RM 1.2 bilion untuk membantu seramai  29,115  usahawan India. Peruntukan sejumlah besar ini tidak pernah disediakan oleh kerajaan dalam sejarah masyarakat India, khususnya oleh kerajaan kepimpinan sebelum Najib.

Dengan itu, kaum India  terutamanya golongan muda, didapati   beransur-ansur kembali  memihak kerajaan BN kerana mereka yakin Najib merupakan seorang pemimpin yang ikhlas malah terbukti menepati janji-janji beliau kepada masyarakat India. Pada masa yang sama, ketrampilan dan kebijaksanaan kepimpinan Dr.S.Subramanian, selaku presiden MIC yang ke Sembilan, mengurus parti dan permaslahan kaum India  juga dapat memenangi hati dan minda kaum India terhadap MIC.  Malah kebijaksaaan beliau memujuk kepimpinan kerajaan BN melancarakan  MIB  didapati bukan sahaja memberi nafas baru kepada semangat perjuangan MIC malah dijangka akan membantu BN menang  dengan  lebih gemilang dalam  PRU14. Perjuangan MIC belum selesai.

 

Oleh :  Datuk M.Periasamy,  Felo JASA, Jabatan Hal Ehwal Khas,  Kementerian Komunikasi & Multi Media