20
Rab, Sep
672 ARTIKEL BARU

Tipu Daya Kerajaan DAP Untuk Tutup Skandal Bilion Ringgit

Editorial
Typography

Nampaknya, kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng masih mahu menegak benang yang basah dan berterusan berkonfrontasi dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusoff. Sebelum ini :

23 Jun 2017 - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof telah menyatakan rasa kesalnya apabila syarikat konsesi yang ditawarkan projek terowong dasar laut dan 3 projek jalan utama yang bernilai RM6.34 bilion di Pulau Pinang telah cuba menggunakan nama kementerian dan nama beliau untuk mempertahankan diri berhubung isu terlebih bayar bayaran perunding.

Fadillah menjelaskan bahawa kementerian berpegang kepada penjelasan profesional Lembaga Jurutera yang telah membuat pengiraan dan mengesahkan kerajaan DAP telah terlebih bayar 4 kali ganda sebanyak RM177.5 juta dan nilai itu telah dibayar oleh karajaan DAP negeri.

Padahal, bayaran maksimum yang dibenarkan berdasarkan skala bayaran yang diwartakan ialah RM41 juta bagi tiga projek utama jalan itu. Dan RM177.5 juta ini tidak termasuk sebarang bayaran untuk terowong tersebut.

Untuk rekod, Lembaga Jurutera adalah badan berkanun tunggal akan mengawal skala bayaran yang diwartakan bagi kerja sivil di negara ini. Ianya diperuntukkan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138).

23 Jun 2017 – Chow Koon Yeow membuat kenyataan dan mendakwa di antara 10 skop kerja yang termasuk dalam nilai RM177.5 juta ialah Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) atau pun Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar.

Bagaimana pun, kenyataan Kon Yeow bercanggah dengan laporan PAC Pulau Pinang 2016 mengenai status terowong itu yang menyatakan bahawa RM177.5 juta ini  tidak termasuk kos DEIA.

Dalam jawapannya pada 22 Mei 2017 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, EXCO Pulau Pinang. Lim Hock Seng mengesahkan bahawa sejumlah RM220 juta telah dibayar dan kos ini tidak termasuk DEIA

Berlaku kenyataan yang kontradik di antara satu sama lain dan ianya melibatkan jutaan ringgit wang rakyat Pulau Pinang. Perkara ini tidak boleh dimaafkan dan jelas menunjukkan betapa teruknya tahap profesionalisme DAP mentadbir negeri.

11 Julai 2017 Satu lagi kenyataan telah dikeluarkan untuk memperbetulkan sandiwara dan pembohongan kerajaan DAP negeri tentang isu ini.   Malah, kementerian Jabatan Kerjaya bersam-sama dengan agensi profesional Lembaga Jurutera bertegas kekal dengan pendirian mereka dan menegaskan bahawa jumlah pembayaran keseluruhan bagi 3 batang jalan tersebut adalah melebihi dari jumlah perkiraan dan garis panduan yang ditetapkan.

a. Exco kerajaan DAP mendakwa kononnya bayaran bagi perincian reka bentuk berjumlah RM177.5 juta ke atas 3 batang jalan raya sepanjang 20km yang telah dibayar oleh kerajaan DAP negeri adalah tidak terlalu mahal kerana ia merangkumi 10 komponen tambahan.

b. Kenyataan Exco kerajaan DAP negeri itu disangkal dan boleh dianggap sebagai kiraan berganda.

c. Kebanyakan dari 10 komponen tambahan yang dinyatakan oleh kerajaan Dap negeri merupakan sub-komponen sama ada dibawah Penilaian Terperinci Alam Sekitar (DEIA), Kajian Kemungkinan mahupun Perincian Reka Bentuk.

d. Ketiga-tiga komponen ini terkandung di bawah bidang kuasa jurutera selain kerja-kerja sivil dan struktur, perkara seperti struktur bayaran bagi Reka Bentuk Terowong serta Reka Bentuk Mekanikal & Elektrik juga dikendalikan oleh Lembaga Jurutera.

e. Manakala bagi 4 komponen lain - Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar, Kajian Impak Sosial, Kajian Kesan Lalu Lintas serta Kelayakan Kewangan & Pengurusan Pembiayaan adalah di bawah komponen Kajian Perlaksanaan - iaitu tambahan sebanyak RM32.2 juta di atas jumlah RM177.5 juta juga telah dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang.

f. Jumlah keseluruhan pembayaran rundingan pra-pembinaan bagi jalan raya sepanjang 20 km adalah berjumlah RM208.7 juta - termasuk jumlah RM32.2 juta bagi Kajian Perlaksanaan serta RM177.5 juta bagi perincian reka bentuk.

Penulis percaya kerajaan DAP negeri tidak mungkin akan mengaku salah walau pun pihak Kementerian telah berulang kali memberi penjelasan yang berdasarkan kiraan pihak profesional Lembaga Jurutera Malaysia yang berdasarkan Gazetted Scale Of Fees.

Sikap buruk DAP ini memang sudah dijangka hinggakan mereka sanggup membohongi rakyat. Dan jika isu itu menjadi panas dan sukar lagi untuk dijawab, puak DAP akan menggunakan kaedah menambahkan lagi kekeliruan sehingga rakyat bertambah keliru dan tidak faham.

Seperti kata-kata berbahasa Inggeris ‘If you can’t convince them then confuse them’ dan inilah yang dilakukan oleh puak DAP untuk mengelirukan rakyat terhadap skandal billion ringgit yang paling teruk dan memalukan di negeri Pulau Pinang. Mereka (bukan Guan Eng tapi macai DAPnya) akan berterusan memberi kenyataan akhbar walau pun ianya tidak berasas dan berulang kali.

Penulis percaya bahawa puak DAP amat mengharapkan agar Kementerian kerajaan persekutuan akan berdiam diri dan tidak lagi memberi respons kepada sesuatu isu itu.

Tetapi taktik cauvinis DAP ini mesti dilawan dan penulis menggesa agar Kementerian Kerja Raya dan pihak kerajaan persekutuan akan membuat kenyataan akhbar atau pun memberi penjelasan tanpa jemu dan secara berterusan supaya rakyat tidak tertipu dengan propaganda DAP itu.