20
Rab, Sep
672 ARTIKEL BARU

Tiada Busuk Yang Tidak Berbau

Editorial
Typography
TIDAK ada busuk yang tidak berbau. Setiap kejahatan walaupun diselindung rapi, suatu hari pasti terbongkar juga. Demikianlah dengan rancangan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Tun Razak yang rupa-rupanya seperti mana didedahkan anak Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, si Mukhriz telah dirancang sejak 2014 lagi.
 
Tempoh waktu itu selepas Mukhriz kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden dan Dr. Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong anak lelakinya itu.
 
Pendedahan Mukhriz sebenarnya telah membuka tembelang bagaimana satu rancangan rapi disusun oleh  Dr. Mahathir dan orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk menjayakan misi jahatnya itu.
 
Ini antaranya bagaimana mahu mencari `kuda tunggangan’ yang pastinya membabitkan parti-parti pembangkang sedia ada.
 
Walaupun menyedari dirinya tidak menginginkan dua musuh ketatnya, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai rakan gandingan, kepahitan itu terpaksa ditelan oleh Dr. Mahathir.
 
Dua tahun setelah  merancang menggulingkan Perdana Menteri (2014), pada Mac 2016,  Dr. Mahathir mengejutkan rakyat Malaysia apabila  mengadakan rundingan dengan Kit Siang.
 
Walaupun  sekali lagi menegaskan beliau tidak berhasrat menyertai mana-mana parti pembangkang atau menubuhkan parti baharu, lima bulan selepas pertemuan dengan Kit Siang, borang pemohonan untuk mendaftarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Muhyiddin  serta AJK penaja parti.  PPBM diluluskan penubuhannya pada 9 September tahun berkenaan.
 
Kehendak Dr. Mahathir untuk bertemu Anwar juga tidak dapat dibendungnya demi misi guling PM, dengan bertemu dan bersalaman dengan Ketua Umum  PKR  terbabit  buat kali kedua yang menarik perhatian lensa kamera dan mata rakyat  pada 10 Februari tahun ini.
 
Moralnya - Pakatan Harapan pun harus berwaspada dengan taktik licik Dr. Mahathir dan konco-konconya. Walaupun PPBM parti kecil yang cuma memiliki satu kerusi, fikiran dua tiga pemimpin sahaja di dalamnya sudah cukup untuk menenggelamkan `bahtera’ pakatan.
 
Meskipun akan ada `situasi menang-menang’ juga kepada Pakatan Harapan dengan DAP, PKR dan PAN juga sanggup bertenggek atas `imej’ Mahathir, namun moralnya kepada rakyat Malaysia - demi gilakan kuasa, musuh-musuh kerajaan sanggup berbuat apa  sahaja termasuk memfitnah dan mentohmah tanpa ambil kira ekonomi dan kestabilan negara ini.
 
Sepandai-pandainya orang menyimpan bangkai, maka akan tercium juga baunya.
 
Begitulah dengan orang selalu berusaha jadi orang yang licik dan  gambaran yang terjadi di tengah-tengah sesuatu konflik.
 
Sebaik apapun keinginan untuk tanpa kemudian memberitahukan hal-hal tersebut kepada orang yang bersangkutan tidaklah sama dengan orang yang menyimpan bangkai dalam sesuatu tempat yang berasa dianggap aman.
 
Tetapi semakin lama bangkai yang disimpan itu semakin dapat tercium baunya pula.