24
Isn, Jul
659 ARTIKEL BARU

Bukan 1MDB & RM2.6 Bilion - Sebab Sebenar Mahathir Rancang Jatuhkan Najib Pada Tahun 2014

Editorial
Typography

Mukhriz Mahathir telah mengesahkan bahawa Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak sejak 2014 lagi. Kenyataan itu dibuat semasa memberi keterangan perbicaraan kes saman fitnahnya terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri. Malah sebenarnya, Mahathir telah pun bersama dengan Mukhyiddin Yassin ketika itu.

Keterangan Mukhriz Mahathir telah membuka kembali persoalan tentang motif sebenar Mahathir menolak dan merancang untuk menjatuhkan Najib Razak. Kerana jika sudah ada ‘rancangan untuk menjatuhkan PM pada tahun 2014’, maka alasan Mahathir menolak PM kerana isu 1MDB dan RM2.6 bilion adalah tidak benar.

Ianya kerana isu 1MDB hanya berkemundang pada akhir tahun 2014 manakala RM2.6 bilion pada awal tahun 2015 dan kedua-duanya selepas Mahathir menarik balik sokongan beliau kepada Najib Razak pada 18 Ogos 2014.

Alasan Mahathir yang sebenarnya dan telah dilupai oleh kita hanyalah beberapa isu yang melibatkan polisi kerajaan yang tidak disukai oleh beliau, bukannya 1MDB dan RM2.6 bilion.  

Di antaranya :

a. Mahathir tidak setuju ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh kerana tindakan itu tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan.  

b. Tidak setuju sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran. Mahathir mungkin merujuk kepada projek jambatan bengkok di Johor-Singapura.

c. Tidak setuju pemberian wang Kerajaan kepada rakyat (kecuali betul-betul miskin) Beliau mendakwa cara ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya  dan semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka.  

d. Tidak bersetuju cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu.

e. Tidak bersetuju gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos.

Kata mudah, rakyat tidak akan menerima BR1M dan tiada kenaikan gaji minimum jika Najib mendengar cakap Mahathir.  Dan orang yang menentang pemansuhan ISA ini yang sekarang berada dalam kelompok pembangkang yang menolak ISA!

Dan jika kita meneliti kronologi isu Mahathir menolak Najib Razak, terdapat beberapa lagi isu yang mungkin menjadi penyumbang kepada sikap Mahathir itu.

19 Oktober 2013 – Mukhriz Mahathir kalah pemilihan Naib Presiden UMNO. Beliau berada di tangga 4 mendapat 93 undi (57,189 undi perwakilan) manakala Hishammuddin Tun Hussein di tangga 3 mendapat 101 undi (56,604 undi perwakilan). Kekalahan Mukhriz itu tidak dapat diterima oleh Mahathir.

“Dr Mahathir tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan Umno. Kita pun tahu calon yang diinginkan Dr Mahathir bagi meneruskan kuasanya,” kata penganalisis politik.

Kit Siang DAP pula berkata Mahathir dan Mahathirisme berdepan kekalahan dalam pemilihan UMNO bulan Oktober itu dan menyalahkan politik wang sebagai punca beliau gagal memastikan anaknya, Mukhriz Mahathir, menang sebagai Naib Presiden UMNO.  Beliau juga berkata “Mahathirisme” dibelenggu penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kronisme sepenuhnya.

1 Disember 2013 - Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Penasihat kepada syarikat minyak negara, Petronas Berhad.

Mahathir juga tidak bercakap dengan Najib selama 6 bulan apabila permintaan beliau tidak dipenuhi.  Beliau mahu Najib menghapuskan BR1M dan membina jambatan bengkok Johor.

Kedua-dua permintaan itu tidak dituruti and the rest is history.