20
Rab, Sep
672 ARTIKEL BARU

Anwar Nombor Satu & Mahathir Nombor Dua Dalam Pakatan Harapan.

Editorial
Typography

Struktur kepimpinan tertinggi Pakatan Har?pan (PH) yang terbaru telah menyerlahkan lagi kekalutan, ragu sesama sendiri dan tiada kepakatan dalam pakatan pembangkang.

Lebih-lebih lagi apabila ada 3 ketua di dalam 1 struktur tersebut. Anwar Ibrahim adalah Ketua Umum, Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Sesiapa sahaja akan mempersoalkan, malah ada yang menyindir konsep 3 kepala 1 organisasi ini. Penyokong-penyokong pembangkang pula 'No Comment' hanya mampu menyaksikan sandiwara dan sarkis pemimpin-pemimpin mereka itu. 

Portal-portal pro-pembangkang pula begitu jelas cuba menutup kejanggalan struktur 3 ketua ini dengan tidak memperbesarkan isu fundamental ini. Malah ada portal pro-pembangkang yang hanya melaporkan jawatan Wan Azizah di penghujung laporan mereka, mungkin dengan harapan pembaca tidak sedar dengan kewujudan 3 kepala 1 badan ini.

Tetapi segala putar belit, sandiwara pembangkang dan media-medianya menjadi sia-sia apabila portal Keadilan Daily telah melaporkan siapa boss tertinggi dalam PH. Ianya bukan Mahathir malah Mahathir sebenarnya di bawah orang ini!

KeadilanDaily melaporkan bahawa majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengumumkan Ketua Umum KEADILAN Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor SATU gabungan itu.

Tidak menghairankan apabila hanya portal Keadilan Daily sahaja yang melaporkan perkara ini manakala portal-portal pro-pembangkang tidak.

Laporan ini bermaksud bahawa Mahathir hanyalah orang kedua dalam PH dan perkara ini sudah pasti menjadi perbualan panas semua orang.

Anwar yang mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam pembuatan keputusan PH bukannya Mahathir.

Ironinya, seorang banduan yang sekarang berada dalam penjara dan yang pernah merengkuk penjara disebabkan oleh Mahathir sebelum ini adalah ketua Mahathir dalam PH sekarang ini!

Malah Mahathir pernah berkata bahawa Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri kerana moralnya yang teruk  dan seks songsangnya. Tetapi sekarang Mahathir berada di bawah orang yang rosak moralnya itu.

Imagine that!

Seperkara lagi, penulis perhatikan pihak BN masih lagi berlembut dalam isu Anwar calon Perdana Menteri ini.

Bayangkan jika ianya adalah pemimpin BN. Penulis yakin puak pembangkang akan membongkar kembali segala sejarah silam tentang episod seks songsang, zina dengan wanita lain dan video-video yang pernah didedahkan sebelum ini. Pembangkang akan menggunapakai isu to the fullest dan tanpa belas kesihan.

Tetapi setakat ini, pihak BN tidak melakukanya. BN masih lembut hati.

Yang ada adalah seorang pemimpin yang melanggar prinsipnya sendiri dan kini berada di bawah seorang banduan yang beliau sendiri cop sebagai rosak moralnya.