21
Kha, Sep
706 ARTIKEL BARU

Teks Penuh : Calon PM, Tolak Mahathir, Kroni & Badut-badut

Editorial
Typography

Forum bertajuk “Mahathir: Agen perubahan atau Pemusnah” yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) telah menyerlahkan dua perkara yang sangat penting.

Ianya ialah penyokong-penyokong pembangkang muak dengan sandiwara kepimpinan Pakatan Harapan dan menolak kehadiran Tun Dr Mahathir di dalam Pakatan tersebut.

Ianya sangat jelas apabila beberapa penyokong tegar pembangkang secara terbuka telah meluahkan ketidakpuashatian mereka terhadap kepimpinan PH dan Mahathir. Kenyataan mereka itu pula disambut dengan tepuk tangan tanda setuju oleh mereka yang hadir dalam forum tersebut.

Di sini kita sertakan teks ucapan 3 orang penyokong tegar pembangkang untuk kita boleh nilai sendiri.

1. Harris

Saya adalah generasi reformasi. Harris. Kita setiap hari dihasut oleh Hishamuddin Rais ini untuk membenci Mahathir.

Dia siap kata pada kita, palang pada huruf T, titik pada huruf I, pada Mahathir pun dia tak percaya tapi sekarang dia percaya kenapa?

Kenapa nak percaya cakap Mahathir. Sendiri cakap tak boleh percaya lepas tu suruh orang percaya, itu nombor satu.

Nombor dua nak tibai najib, najib, najib..tak pernah belajar daripada sejarah.

Di Sarawak, itu hari kita tibai Taib kan? Ni Taib dah letak jawatan, Adenan menang kerusi banyak ke sikit? Katakanlah Najib letak jawatan sekarang dan naik sesiapa sahaja dan apa akan berlaku?

Nak maafkan kesalahan Najib? Seperti apa yang dimaafkan kesalahan Mahathir sekarang?

Mengarut lah semua ni.. sekarang kitorang dah penat lah dengar air liur ceramah air liur ni.

Penat dah dengar ceramah politik, badut-badut ni, dah tiba masanya anak-anak muda sekarang bangkit. Ini masa kita.

Sekian terima kasih.

2. Anas

Heloo...ok saya nak tanya Hishamuddin pasal Hishamuddin terlampau banyak sangat invoke marxisme tadi. Lepas tu apa yang diberitahu berkenaan kontradisi dalam marxisme tu saya lihat sebenarnya bukan pun contradiction, dia adalah lebih kepada permusuhan antara fraksi sahaja.

Dan dengan itu saya kata, saya nak cakap yang Hishamuddin punya understanding hormat sizam berkenaan marxisme adalah very poor atau dia memanipulasikan marxisme. Ok satu.

Dan satu lagi, kenapa saya cakap fraksi tadi. Bila kita tengok kenapa Pakatan Harapan terpaksa bergantung pada Dr Mahathir?

Sebab mereka memainkan politik personality, bukan politik idea. Dan kenapa saya cakap macam tu, kalau kita tengok bahasa yang Hishamuddin cakap tadi pun,saya,  pengalaman saya.

That’s is the personal politics, that’s is not idealogical of politics base on idea. So daripada segi Bahasa pun kita tahu, that’s is nothing new.

Lepas tu satu lagi, tadi saudara Hisham cakap, dia kata kita perlukan Mahathir untuk kua choo kong, kita perlukan.

Ok saya nak bercakap berkenaan Najib, najib semata. Sekarang ni 42 percent saham dalam BSKL adalah GLC punya sekarang. Dia tak perlu bergantung pada mana-mana kapitalis, Najib is doing the Singapore way now. Mahathir dulu buat public transport bagi pada kroni dan Najib buat public transport under government.

Kalau you nak main camni, Najib is smarter dan you kata perlukan sokongan orang kampung. Najib is doing that by giving BR1M, kalau you nak benda yang macam ni. So my question is what contradiction you are talking about? Under apa you punya definition..

3. Ahmad

Assalamualaikum selamat malam..

Nama saya Ahmad,saya adalah bekas penyokong tegar Pakatan Rakyat. Saya pernah kerja dengan Saudara Haris dulu dalam ABU.

Pertama saya nak ucap tahniah Dr Jaya kerana declare harta setiap tahun. Saya hanya tunggu daripada Pakatan Rakyat lah selain Rafizi. Saya tunggu Abang Mad juga declare harta. Insyaallah.

Declare dulu Abang Mad.

Siapa calon Prime Minister Pakatan Harapan?

Saudara Hisham tadi jawab mungkin ada bidas saya sikit, kita belum beli lembu, kita tak tahu,dia cakap.

Sebelum kita beli sesuatu barang kita tengok tak barang tu dulu?

Kita mesti tengok barang yang kita beli. Dalam online kita beli kat Lazada, any online shop kita tengok gambar, dalam gambar siap ada 3D gambar

Tapi Prime Minister dalam Pakatan Harapan ini kita tak tahu siapa kita tak boleh ade interim, kita tak bole ada wan Azizah sekejab jadi Prime Minister tunggu anwar keluar jail ini semua "BULLSHIT!" tuan tuan.

Kita nak benda konkrit, saya nak mengundi, saya nak tahu siapa Prime Minister. Secara jujurnya Pakatan Harapan perlulah jawab benda ini saya nak tahu.

Kedua, saya ada satu lagi soalan Mahathir Mohamad dictator dari dulu sampai sekarang Adakah Pakatan Harapan perlu satu dictator untuk put everyone together to stick everyone together? Adakah kita guna model BN dahulu yang mana ada satu "Big Brother" yg control semua orang?

So, Pakatan Harapan bagi saya tak ada orang buat benda ini dan mereka perlukan sorang dictator.

So jadi soalan saya, perlu ke Mahathir ada dalam tu? Adakah itu tujuan dia?

Saudara Hisham pun ada kata untuk ada support daripada orang bukan apa..... orang melayu orang dari kampung dan sebagainya.

Adakah perlu dia berada di situ?

Pendapat kami marrahim, orang macam saya yang mengundi baru 2kali. Kita tak nak Mahathir. Ini adalah suara gen Y.

Apa yang saudara Hisham cakap tadi, musuh utama adalah Najib Razak sebelum Najib Razak jadi Prime Minister, semasa Mahathir jadi Prime Minister. 

Saudara Hisham cakap benda yang sama, Mahathir adalah musuh yang paling ketat, setitik 'i' di atas nama Mahathir juga tak boleh dipercayai tapi pakatan sekarang M.A.H.A.T.H.I.R pun percaya.

Maaf saudara Hisham. Do you need dictator to put everyone together in Pakatan? And who is Prime Minister?

We want to know. Rakyat perlu tahu.

Thank you.

Kesimpulannya, pakatan harapan semakin bercelaru dan ditolak sendiri oleh penyokong-penyokongnya termasuk penyokong tegarnya. Mereka juga tolak Mahathir Mohamad.