20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

Pembangkang Berkokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Najis

Editorial
Typography

Nampaknya, puak pembangkang memang sengaja mengapi-apikan dan mengulangi isu kitar semula 1MDB supaya sentiasa menjadi bahan perbualan rakyat walau pun telah banyak kali diperjelaskan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. 

Mereka berbohong kononnya Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menolak soalan-soalan yang dikaitkan kepada 1MDB. Padahal, sebanyak 19 soalan berkaitan 1MDB telah dibenarkan untuk dijawab di Dewan Rakyat pada sesi kali ini.

Perkara ini gagal diterangkan oleh puak pembangkang dengan harapan kononnya tiada soalan tentang 1MDB dalam parlimen.

  • Menurut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 23(C), ia menyatakan sesuatu pertanyaan tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara-perkara remeh.

Kerana itu kita percaya bahawa soalan-soalan lain tentang 1MDB hanyalah sekadar untuk menyegarkan kembali polemik isu 1MDB yang telah dijawab, malah rasionalisisi dan penstrukturan semula hutang 1MDB juga telah dilaksanakan.

Bacahttp://klxpress.com.my/videos/25927-parlimen-bukan-semua-soalan-1mdb-di-tolak-pandikar.html

Lebih memalukan ialah tindakan anggota Parlimen PKR mengemukakan saman kepada Pandikar Amin yang telah mencemar nama baik parlimen. Malah,

  • Perkara 63 (1) menyebut bahawa kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

 Dan keputusan Speaker juga adalah muktamad di bawah peraturan dewan.

Pembangkang sengaja lupa bahawa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pernah menolak usul-usul wakil rakyat Barisan Nasional sebelum ini. Mereka ini berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan najis.

Di antaranya ialah usul meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng bercuti berikutan kes rasuah yang sedang berjalan di dalam mahkamah sekarang ini.

Malah, 4 daripada 5 usul ADUN Penanti daripada Parti Ke­adilan Rakyat (PKR), Norlela Ariffin, turut ditolak. Untuk rekod, Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri telah dimalukan apabila Norlela Ariffin, ADUN PKR menangis teresak-esak meratapi kezaliman kerajaan DAP yang tidak membantu rakyat di kawasan beliau.

"Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar masalah rakyat," kata ADUN PKR itu. 

Sebenarnya, rakyat sudah tahu kerajaan DAP memang tidak mendengar masaalah mereka, cuma ADUN PKR dan penyokong-penyokong tegar pembangkang sahaja yang lambat mahu faham.