20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

Kit Siang Gerun Dengan 5 Harimau, Bermula Taktik Kotor…

Editorial
Typography

KINI Lim Kit Siang berusia 73 tahun dan pilihan raya umum ke-14 nanti dikatakan  penggal terakhir beliau sebagai Ahli Parlimen. Jadi, beliau perlu memastikan perjalanan yang selamat, menjamin kedudukan dan masa depan politik anaknya, Lim Guan Eng menerajui kepimpinan parti. Anak perempuan Kit Siang, Lim Hui Ying merupakan Setiausaha DAP Pulau Pinang.

Kit Siang sedar  sepenuhnya bahawa kejayaan DAP  yang kini mencanak naik dengan mengepalai Pakatan Harapan  telah menarik  minat pemimpin parti atau dikenali sebagai Lima Harimau yang tidak suka sikap angkuh Guan Eng. Mereka ialah:

1. Teng Chang Kim - Selangor.

2. Chow Kon Yeow - Pulau Pinang.

3. Boo Cheng Hau - Johor (disingkirkan oleh Dinasti Lim).

4. Nga Kor Ming - Perak.

5. Ngeh Koo Ham - Perak.

Kon Yeow sepatutnya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pada 2008 namun beliau telah diketepikan oleh Kit Siang yang sebaliknya memilih Guan Eng.

Chang Kim dan Cheng Hau sedar  niat Kit Siang untuk menyingkirkan mereka berdua daripada jawatan pengerusi DAP negeri masing-masing di Selangor dan Johor. Dua sepup dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham telah memulakan pergaduhan dengan proksi M. Kulasegaran, anak didik setia dan jurucakap Kit Siang.

Maka, Kongres Parti Kebangsaan ke-16 pada Disember 2012 itu menjadi saluran yang sesuai untuk Kit Siang menyingkirkan ‘Lima Harimau’. Beliau mesti mempunyai kawalan penuh  dalam CEC untuk membuat keputusan pemilihan calon parti akan datang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ketika itu.

Kit Siang juga perlu memastikan kroninya menikmati kemenangan besar manakala Lima Harimau akan menang kecil. Kit Siang mesti mendapat keputusan yang baik dalam pemilihan CEC demi menjamin masa depan dan kelangsungan politik anak lelakinya.

Walaupun mesyuarat tahunan bagi semua 865 cawangan untuk memilih perwakilan mereka mewakili Kongres parti Kebangsaan siap pada awal 2012, ia hanya pada penghujung 2012 CEC telah dipanggil untuk Kongres tersebut. Hal ini demikian kerana Guan Eng mendapati bahawa beliau hanya mampu meraih sebanyak 1,100 sehingga 1,200 undi daripada jumlah keseluruhan 2,576 perwakilan.

Hampir semua perwakilan kaum India  dan Melayu enggan mengundi beliau. Ini termasuk penyokong kuat Cina dan penyokong Lima Harimau.

Guan Eng dan Kit Siang tahu bahawa mereka harus menggunakan taktik kotor  dengan `memanipulasi’ keputusan pemilihan Kongres Parti Kebangsaan ke-16 jika mereka mahu kekal kuasanya dalam parti.

Tugasan rahsia ini telah diberikan kepada Anthony Loke dan Tony Pua untuk menentukan terlebih dahulu keputusan pemilihan sebagaimana yang dikehendaki Guan Eng dan Kit Siang.

bersambung di Bahagian 3 esok.