17
Kha, Ogs
844 ARTIKEL BARU

547 Perwakilan Haram Dibawa Masuk

Editorial
Typography

KONGRES DAP Kebangsaan ke-16 diadakan pada 15 dan 16 Disember 2012 di Arena Sukan Antarabangsa  Pulau Pinang  (PISA).

Ia dilakukan secara sulit dengan niat semata-mata untuk tidak menarik perhatian  orang dari dalam dan luar. Kebanyakan ahlinya yang dipilih menerima notis berkenaan mesyuarat itu dalam tempoh kurang daripada 10 hari.

Terdapat 66 calon  bagi jawatan CEC yang terdiri daripada kaum Cina, India, Punjabi dan Melayu. Jumlah perwakilan yang layak untuk menghadiri  dan mengundi adalah 2,576 orang. Namun dilaporkan hanya 1,823 orang yang menghadiri dan mengundi pada hari itu. 

Peserta juga tidak diberikan senarai jumlah 2,576 perwakilan yang layak untuk menghadiri mahupun 1,823 perwakilan yang menghadiri pemilihan tersebut. Maklumat ini telah disembunyikan daripada Lima Harimau.

Difahamkan bahawa kira-kira 1,300 perwakilan tidak menerima notis mesyuarat tersebut hanya kerana bukan penyokong tegar Lim Guan Eng. Ia juga dipercayai kira-kira 547 perwakilan haram (terutamanya dari Pulau Pinang) telah dibawa masuk untuk menghadiri dan mengundi dengan mengikut arahan daripada Anthony Loke dan Tony Pua. 

Jadi, ancaman masa depan daripada Lima Harimau dianggap telah diatur. Seorang pembantu  setia Lim Kit Siang, Pooi Weng Keong telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus oleh Guan Eng bagi memastikan tiada halangan dalam pelan mereka. Weng Keong selepas itu diberi ganjaran untuk bertanding di kerusi selamat dalam pilihan raya umum ke-13.

Kebiasaannya, keputusan pemilihan akan diumumkan pada kira-kira pukul 5 petang. Bagaimanapun pada petang berkenaan, Pengerusi Penganjur, Teresa Kok memaklumkan kepada delegasi bahawa terdapat kelewatan dalam pengumuman itu, keputusan itu akhirnya diumumkan pada 8.30 malam dan ahli-ahli berasa hairan dan ingin tahu sebab kelewatan itu namun tiada siapa berani menyoal berhubung perkara itu.

Ternyata keputusan pemilihan seperti yang dijangkakan. Berikut adalah senarainya:

1. Lim Kit Siang - 1,607 undi.

2. Lim Guan Eng - 1, 576 undi.

3. Karpal Singh - 1,411 undi.

4. Chong Chieng Jen - 1,211 undi.

5. Anthony Loke - 1,202 undi.

6. Vincent Wu Him Ven - 1,202 undi.

7. Tan Kok Wai - 1,199 undi.

8. Gobind Singh - 1,197 undi.

9. Tony Pua Kiam Wee  - 1,162 undi.

10. Teng Chang Kim - 1,152 undi.

11. Fong Kui Lun - 1,137 undi.

12. Nga Kor Ming - 1,075 undi.

13. Chong Eng - 1,006 undi.

14. Chow Kon Yeow - 986 undi.

15. Liew Chin Tong - 984 undi.

16. M.Kulasegaran - 984 undi.

17. Boo Cheng Hau - 958 undi.

18. Teresa Kok - 925 undi.

19. Teo Nie Ching - 903 undi.

20. Ngeh Koo Ham -  824 undi.

 

 

…Bersambung di Bahagian 4