21
Sel, Nov
906 ARTIKEL BARU

Siapa Pengkhianat Negara Yang Sebenar?

Editorial
Typography

Tiba-tiba sahaja timbul fitnah jahat yang mempersoalkan kesetiaan seorang pemimpin negara kepada negara Malaysia. Fitnah ini telah viral dalam media sosial dan telah dilaporkan oleh beberapa portal dan blog.

Fitnah itu mengenai Allahyarham Tun Abdul Razak, ayah kepada Datuk Seri Najib Razak. Isunya ialah apabila tersebar satu poster berunsur hasutan yang mempersoalkan kesetiaan AllahyarhamTun Abdul Razak.

Kononnya Allahyarham Tun Abdul Razak adalah tali barut Jepun hanya berdasarkan kepada satu gambar. Poster itu turut mengangkat ketua komunis Malaya, Chin Peng sebagai heronya. Tanpa mahu menyelidiki lebih lanjut kesahihan dan sejarah benar Abdul Razak, mereka menabur fitnah dan menanam buruk sangka terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-2 ini.

And true enough. mereka ini gagal mendapatkan keseluruhan cerita tentang sejarah Tun Abdul Razak. Satu penemuan yang paling menarik yang pasti memalukan dan menyerlahkan kejijikan mereka yang memfitnah Allahyarham ialah artikel yang ditulis oleh Almarhum DYMM Tuanku Jaafar Tunku Abdul Rahman.

Artikel tersebut terdapat di dalam buku bertajuk 'Tun Abdul Razak : A Personal Potrait' yang diterbitkan pada tahun 2005. Tajuknya ialah 'Carefree Days'. Di antara nukilan baginda ialah :

  • Razak joined the Wataniah (the Malay anti-Japanese resistance movement) but remained in the Japanese administration as an undercover agent.
Terjemahannya :
  • Razak menyertai Wataniah (gerakan Melayu anti-Jepun) tetapi terus berada di pentadbiran Jepun sebagai agen menyamar (undercover agent)
 
Untuk rekod, Tun Abdul Razak merupakan salah seorang daripada Force 136 yang terlibat memporak-perandakan tentera Jepun semasa penjajahan Jepun di Malaya ketika itu! Sila baca di bawah :
  • Furthermore, if the Malays were very much keen on kicking out the Brits, then why did they joined Force 136 and Askar Wataniah (in Pahang) as part of the guerrilla forces that wreck havoc to the Japanese in the next few years of Japanese Occupation of Malaya? 
  • Is this a systematic approach to deny the contribution of Malay in the fight against Imperial Japan? 
  • Unknown to many, a lot of Malaysian figures such as Major Tengku Mahmood Mahyiddeen, Jeneral Tun Ibrahim (then 2nd Lt) , Jeneral Tunku Osman Jewa (then 2nd Lt), Capt Tun Hj Abdul Razak (the second Prime Minister), Kolonel Yeop Mahidin (then Major) and Lt Ghazali Shafiee (Malaysia’s Foreign Minister) were members of the Force 136.
Allahyarham telah menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.
 
Maka terbuktilah bahawa segala tuduhan terhadap Allahyarham Tun Razak adalah satu fitnah dan pembohongan yang paling jijik dan tidak bertanggungjawab.