23
Sab, Sep
704 ARTIKEL BARU

Hutang Kerajaan DAP : Fakta & Auta

Editorial
Typography

KITA musykil dengan kesombongan dan keengganan Lim Guan Eng DAP untuk berterus terang dan mengakui bahawa polisi CAT dan kerajaan DAP bukan penyebab kurangnya hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak 95% daripada RM 687.79 juta kepada RM36.72 juta pada tahun 2011.

Realiti sebenarnya ialah pengurangan hutang tersebut direalisasikan melalui :

  • Penstrukturan Semula Industri Air pada 2011 di mana hutang Kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655.24 juta ditukar kepada bayaran ansuran RM14.56 juta setahun untuk tempoh 45 tahun.
  • Pembayarannya adalah melalui akaun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). 
  • Malah, baki pinjaman Kerajaan DAP negeri sejumlah RM 1.3 juta untuk projek pembentungan najis juga tidak perlu lagi dibayar.


Hutang kerajaan negeri telah berpindah kepada kerajaan BN persekutuan yang diuruskan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB). Pengurangan hutang negeri tidak ada kena mengena dengan ‘kecekapaan’ atau C.A.T kerajaan DAP negeri. 

Malah Kerajaan DAP Pulau Pinang juga telah diberi geran berjumlah RM1.2 bilion oleh Kerajaan BN Persekutuan untuk memperbesarkan empangan Mengkuang. Ironinya, Guan Eng DAP acap kali memfitnah kononnya kerajaan BN Persekutuan telah menganaktirikan negeri Pulau Pinang. 

Seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, Penstrukturan Semula Industri Air adalah satu inisiatif daripada pihak Kerajaan Persekutuan, untuk membantu dan memodenkan Industri Bekalan Air di negara ini termasuk negeri di bawah puak Pembangkang.

Untuk rekod,

  • Inisiatif kerajaan BN Persekutuan ini dimulakan pada tahun 2005.
  • Kerajaan Persekutuan telah meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan bekalan dan perkhidmatan bekalan air dipindahkan dari Senarai Negeri ke Senarai Bersama.
  • Perkhidmatan air, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 telah digubal dan semua entiti bekalan air negeri-negeri akan dikawal selia dan dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Maksud mudah, sesiapa sahaja yang mentadbir negeri Pulau Pinang selepas perjanjian Penstrukturan Semula Air ini telah dipermudahkan oleh kerajaan BN Persekutuan dengan hutang negeri yang berkurangan dan bukan kerana CAT atau Lim Guan Eng DAP.

Dan seperti biasa, Lim Guan Eng akan menuding jari kepada negeri-negeri lain yang lebih tinggi hutangnya tetapi terlibat dalam Penstrukturan Bekalan Air. Yang gagal diperjelaskan oleh beliau ialah PAAB belum lagi mengambilalih keseluruhan hutang projek bekalan air di beberapa negeri tersebut. Manakala, perjanjian penstrukturan itu hanya ditandatangani oleh kerajaan Kelantan pada September 2016.

Lim Guan Eng DAP juga beberapa kali menuduh kononnya DS Najib Razak mungkir janji untuk membina sistem LRT di Pulau Pinang. Padahal, pembinaan sistem LRT ini akan ditunaikan hanya jika BN memerintah negeri Pulau Pinang pada PRU13 yang lepas.

Tetapi sekarang, DAP adalah pemerintah negeri Pulau Pinang dan bukannya BN. Maka janji tersebut tidak dapat diteruskan. Perkara asas ini gagal dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP itu.

Kita perlu ingat kenyataan Tunku Abdul Aziz, mantan Naib Pengerusi DAP. Beliau berkata,

  • Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun perasaan bersalah.
  • Adalah menjadi amalan Guan Eng DAP untuk mengambil semua pujian manakala kesilapan pula melibatkan orang lain. Itu bukan sesuatu yang bijaksana tetapi hanya mementingkan diri sendiri.

Guan Eng juga jenis yang tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain, kata Tunku Aziz.