18
Rab, Okt
767 ARTIKEL BARU

Semua Calon Melayu Kalah

Editorial
Typography

APABILA keputusan CEC diumumkan, Tan Seng Giaw menjadi marah malah bertindak  membuat kecaman secara terbuka bahawa terdapat penipuan serta manipulasi undi.

Seng Giaw dan beberapa  calon CEC, pemimpin serta akar umbi terkejut dan keliru bagaimana Anthony Loke, Vincent Wu dan Tony Pua mendapat lebihan undi malah lebih tinggi daripada Teng Chang Kim,  Boo Cheng Hau dan Chow Kon Yeow.

Mereka merasakan keputusan itu langsung tidak masuk akal. Seng Giaw membuat keputusan untuk mendiamkan diri demi parti.

Selepas pengumuman calon yang menang  CEC, dengan segera  diadakan pula mesyuarat  pertama CEC  baharu di mana Guan Eng terus dilantik sebagai Setiausaha Agung, Karpal Singh sebagai Pengerusi DAP dan seterusnya.

Tidak ada seorang pun individu dalam CEC yang mempersoalkan reaksi umum oleh kaum India dan Melayu yang tidak gembira dengan ketiadaan calon kaum  itu dalam senarai baharu itu.

Masyarakat India mahupun ahli DAP India tidak pernah mengiktiraf Karpal Singh dan Gobind sebagai pemimpin India.

Kulasegaran pula dikenali sebagai proksi dan jurucakap umum Kit Siang. Namun demikian dengan menggunakan ‘mesin manipulasi DAP’, mereka berjaya meyakinkan ahli serta masyarakat umum dengan menampilkan tiga orang India dalam CEC. Namun dilema terus menghantui mereka kerana ketiadaan calon  Melayu dalam senarai CEC baharu itu.

Sejurus selesai Kongres ke-16, DAP digambarkan oleh rakyat terutama orang Melayu sebagai parti cauvinis yang menolak kehadiran orang Melayu.

Kekalahan semua calon Melayu dalam DAP menimbulkan isu yang sangat besar dalam kalangan masyarakat umum.

Tekanan yang diterima DAP berikutan insiden itu turut dirasai oleh sekutunya, Pas dan PKR.

Ekoran itu,  Anthony dan Tony Pua yang diberi tugasan untuk menyelesaikan isu tersebut, mereka telah membawa kebinasaan yang jauh lebih besar dari parti.

 

…Bersambung di Bahagian 5 esok