23
Sab, Sep
704 ARTIKEL BARU

Ahli DAP Mula Protes, Bongkar Penipuan

Editorial
Typography

PADA 14 Januari 2013, sekumpulan ahli DAP yang tidak puas hati, juga merupakan delegasi yang telah  mengundi dalam Kongres Kebangsaan DAP ke-16 (Disember 2012) bertindak membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung penipuan dalam pemilihan, manipulasi undi, gagal memberikan notis mesyuarat dan dakwaan terdapat pengundi tidak sah.

Seramai 40 ahli yang tidak puas hati, juga mewakili 753 ahli DAP telah membuat aduan kepada ROS. Juga, terdapat ramai ahli yang bertindak membuat demonstrasi mengecam Lim Guan Eng dengan tuduhan penipuan dalam pemilihan, manipulasi undi dan banyak lagi.

Masing-masing enggan mempercayai `cerita' Tony Pua berhubung kesilapan komputer. Kali ini mereka mendesak  Lim Guan yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya supaya mengadakan pemilihan semula.

Bermula dari Januari hingga April 2013, pelbagai kenyataan media dikeluarkan oleh ahli dan bekas ahli DAP yang berterusan mendesak supaya Guan Eng meletak jawatan dan pemilihan semula CEC. Antara yang vokal ialah Tunku Abdul Aziz, Tan Tuan Tat dan David Dass.

Guan Eng memberi gagal memberikan penjelasan terhadap dakwaan silap kira undi kononnya salah komputer, 753 ahli layak mengundi tidak diberikan notis untuk hadir mengundi dan kehadiran 547 pengundi tidak sah.

Dengan ini Guan Eng telah mengarahkan Anthony Loke dan Tony Pua untuk sengaja membiarkan ROS membatalkan pendaftaran DAP.

Sekiranya parti dibatalkan pendaftaran, maka tidak akan ada sebarang pemilihan semula CEC. Beliau merancang untuk mengeluarkan terus semua ahli yang tidak puas hati dan penyokong Lima Harimau daripada parti.

Dalam pilihan raya umum ke-13, terdapat kejutan apabila beberapa ahli DAP bertindak bertanding secara bebas menentang calon DAP sendiri. Ini untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan cara Setiausaha Agung mentadbir DAP.

Antara calon bebas itu ialah Jenice Lee (Teratai), Asogan (Bagan Dalam) dan K.Selvam (Kota Alam Shah).

Untuk julung kalinya dalam sejarah DAP, kita menyaksikan bagaimana ahli-ahli parti keluar membuat kecaman terbuka terhadap kepimpinan parti, pelbagai aduan terhadap ROS dan juga memfailkan saman terhadap DAP dan Setiausaha Agung parti itu.

Kumpulan ini juga antara yang hendak membongkar penipuan Guan Eng pada pemilihan lepas.

 

 

 

...Bersambung di Bahagian 7