17
Kha, Ogs
844 ARTIKEL BARU

Guan Eng Berahsia Plot Lumpuhkan 5 Harimau

Editorial
Typography

BERDASARKAN Akta Pertubuhan 1966, DAP atau mana-mana pertubuhan berdaftar dikehendaki mengemukakan Laporan Tahunan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat tahunan.

Bagaimanapun, laporan tahunan yang telah dihantar oleh DAP kepada ROS pada 8 Februari 2013 tidak lengkap. Malah tidak mempunyai minit mesyuarat berhubung kepimpinan tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Selepas didesak dan peringatan berulang kali oleh ROS, barulah DAP menambah maklumat pada laporan tahunan itu seperti yang telah diarahkan oleh Pertubuhan Pendaftar itu. Namun demikian, DAP masih gagal mengemukakan maklumat berhubung kehadiran pengundi yang mengundi 20 calon tertinggi CEC itu.

DAP juga enggan memberi maklumat kepada ROS senarai nama, nombor keahlian dan nombor telefon para delegasi seramai 2,576 dibenarkan hadir untuk mengundi dalam Kongres Kebangsaan ke-16 Disember lepas, senarai ini juga termasuk 1,823 anggota delegasi yang telah hadir.

Sekiranya DAP memberikan semua maklumat di atas, maka ini akan menyenangkan ROS untuk melakukan sebarang penyiasatan berhubung kesemua dakwaan yang telah didakwa oleh ahli partinya sendiri termasuklah wujudnya 547 pengundi tidak sah.

Menurut sumber rapat Anthony Loke, Lim Guan Eng telah memberikan arahan bahawa Lima Harimau tidak harus diberikan salinan senarai kedua-dua delegasi yang hadir, sama ada 2,576 anggota delegasi yang sepatutnya hadir pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 dan juga senarai 1,823 anggota delegasi yang telah hadir pada hari itu.

Ini bertujuan untuk merahsiakan plot `melumpuhkan' Lima Harimau itu.

 

...bersambung di bahagian 8.