20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

Kartel Azmin & Anwar Persoal Mahathir, Pakatan Harapan

Editorial
Typography

SEBELUM ini penulis telah menyiarkan senarai nama kepimpinan parti PKR yang berpecah kepada 2 kem.

Yang terbaru, portal pembangkang MalaysiaKini yang biasanya menyembunyikan permasalahan dalaman parti pembangkang, turut mendedahkan pekung hanyir parti PKR. Di antara laporan portal pembangkang itu:

Pertembungan antara kumpulan Rafizi Ramli dan Datuk Seri Azmin Ali bukanlah rahsia lagi. Suatu ketika dulu ia menjadi rahsia umum. Maksudnya rahsia yang bukan rahsia...

... Hinggalah Rafizi menulis kenyataan panjang dan meletakkan garis pemisah antara dia dan kumpulan digelar "kartel" itu.

Perpecahan dalam PKR adalah satu perkara yang jelas dan tidak dapat dinafikan lagi. Perbezaan pendapat yang membahagikan parti ini kepada 2 puak ini juga telah mengelirukan dan memperbodoh-bodohkan penyokong-penyokong parti akar umbi. Dan jika merujuk kepada laporan di atas, kartel Azmin Ali terdiri daripada

  1. Dato’ Seri Azmin Ali
  2. Tian Chua
  3. Shamsul Iskandar
  4. Xavier Jeyakumar
  5. Dr Shaharuddin
  6. Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita)
  7. Sivarasa Rasiah
  8. Dato’ Saifuddin Abdullah (KSU Pakatan Harapan)
  9. Dato’ Kamaruddin Jaafar
  10. Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi)
  11. Surendren.
  12. Elizabeth Wong
  13. Hee Loy Sian
  14. Siti Aaishah Sheikh Ismail
  15. Dr Mohamad Nur Manuty
  16. Latheefa Koya
  17. Afif Baharuddin
  18. Haniza Talha

Bacahttp://klxpress.com.my/editorial/26725-parti-pkr-berpecah-dua-senarai-nama-pemimpin-didedahkan.html

Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim juga dilihat tidak berpendirian tetap malah mempermain-mainkan kenyataan Dr Mahathir serta kepimpinan Pakatan Harapan yang sebelum ini menolak kerjasama dengan parti PAS.

Anwar Ibrahim masih lagi mahu bekerjasama dengan parti PAS walau pun kenyataannya adalah secara tidak langsung. Di antara kenyataannya:

Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru...
... Garis yang ditetapkan dengan jelas adalah kerjasama tersebut, seandainya berlaku, tetap dalam kerangka komitmen PKR dengan Pakatan Harapan.

Logiknya, mana mungkin parti PKR menyatakan komitmen dengan Pakatan Harapan jika PKR masih lagi mengharapkan kerjasama dengan PAS.

Tidak akan wujud 'kerjasama, seandainya berlaku' jika PKR komited menolak parti PAS seperti yang diputuskan oleh Pakatan Harapan kecuali jika PKR meliwat keputusan PH dengan main belakang bertemu dan berbincang dengan PAS di belakang PPBM dan DAP.

Tetapi penulis percaya bahawa DAP dan PPBM sebenarnya tahu dan merelakan kerjasama dengan PAS seperti yang cuba dilakukan oleh PKR. Mereka terutamanya parti cauvinis DAP terpaksa berlakon kerana mereka sedang membohongi penyokong-penyokong mereka yang tidak setuju kerjasama dengan parti PAS.

Pokoknya, puak pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbohong dan menabur fitnah untuk mendapat undi rakyat.

Dalam masa yang sama, sikap PKR yang begitu berat untuk tidak menyatakan dengan tepat pendirian mereka tentang parti PAS juga menunjukkan keraguan dan ketidakyakinan Anwar Ibrahim dan PKR terhadap parti Mahathir Mohamad dan parti Mat Sabu. 

Mereka tahu bahawa PAN, parti serpihan PAS tidak akan mampu untuk menyamai kekuatan parti PAS dan parti itu hanya sekadar budak suruhan cauvinis DAP.

Logiknya, Anwar Ibrahim tidak mungkin akan dapat memaafkan Mahathir Mohamad, seorang ahli politik yang telah memalukan beliau dan seluruh keluarga serta keturunan Anwar dengan isu yang amat jijik sekali iaitu meliwat lelaki. 

Mahathir yang menyebabkan beliau merengkok dalam penjara. Malah, kewujudan parti Keadilan adalah disebabkan oleh penentangan Anwar Ibrahim terhadap Mahathir Mohamad.

Dan sehingga ke hari ini, Mahathir Mohamad tidak pernah menyatakan pendiriannya sendiri tentang Anwar Ibrahim yang dijadikan calon Perdana Menteri oleh puak pembangkang. Ianya bermaksud bahawa Mahathir tidak akan mungkin menerima Anwar tetapi akan menyokong pilihannya sendiri. 

Kesimpulannya, kekalutan dan perpecahan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang ini akan memudahkan rakyat Malaysia untuk membuat pertimbangan yang tepat iaitu menolak Pakatan Harapan yang tiada harapan pada PRU14 kelak.