21
Sel, Nov
904 ARTIKEL BARU

PRU14 : Perebutan Kerusi Parlimen Bermula

Editorial
Typography

Rakyat tidak mungkin akan percaya bulat-bulat dengan kenyataan kononnya sudah selesai pembahagian lebih daripada 100 kerusi Parlimen antara parti komponen Pakatan Harapan. Lebih-lebih lagi apabila Ketua Setiausaha PH enggan menamakan senarai kerusi parlimen yang dimaksudkan.

"Saya tak boleh nak umumkan nama kerusi-kerusi ini tetapi saya rasa semua dah boleh agak," katanya.

Mana mungkin rakyat mahu percaya dengan kenyataan di atas, lebih-lebih lagi apabila kita membaca pertembungan parti-parti pembangkang yang berebut kerusi parlimen dan DUN. Lim Kit Siang mahu DAP bertanding di salah satu daripada 3 kerusi parlimen yang ditandingi PKR pada PRU13 di negeri Johor iaitu :

  • Johor Bahru
  • Pasir Gudang 
  • Tebrau. 

Bukan itu sahaja, veteran tua DAP itu juga mahu DAP diberi dua kerusi yang ditandingi PKR di Kedah dalam PRU13. Kerusi itu ialah :

  • Kulim 
  • Gurun.

Alasan Kit Siang DAP yang mahukan kerusi-kerusi tersebut amat memalukan pihak PKR kerana bagi DAP, parti PKR tidak mungkin menang dan untuk 'memastikan PH menang', kerusi-kerusi tersebut patut diberikan kepada DAP. Malangnya, kepimpinan PKR di bawah Wan Azizah tidak mampu berkata apa-apa. Ketidakmampuan pihak PKR ini jelas menunjukkan parti DAP adalah parti dominan dalam pembangkang.

Perebutan kerusi ini juga terserlah di negeri Pulau Pinang. Dilaporkan bahawa Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat pertama pada 25 Ogos 2017 untuk membincangkan pengagihan kerusi 40 DUN dan 13 kerusi Parlimen.

Parti Bunga PPBM mahu mengambil alih semua kerusi yang sebelum ini dipertandingi oleh PKR tetapi kalah. Di antaranya, PPBM mahukan kerusi Parlimen Balik Pulau dan 3 kerusi DUN iaitu Bayan Lepas, Teluk Bahang dan Pulau Betong. Tetapi keinginan PPBM ini ditempelak apabila Ketua Bahagian PKR Balik Pulau berkata parti PKR yang akan bertanding di kerusi parlimen Balik Pulau.

Perebutan kerusi bukan sahaja di antara PPBM-PKR tetapi juga PKR-PAN.

DUN Permatang Pasir adalah milik PAS dan sepatutnya diserahkan kepada PAN tetapi dilaporkan bahawa sumber PKR Pulau Pinang berkata ada cadangan dalam mesyuarat biro politik parti baru-baru ini bahawa PKR ingin bertanding di Permatang Pasir.

Kita menjangka bahawa pergolakan sesama parti dalam Pakatan Harapan akan bertambah tenat menjelang PRU14 nanti. Perebutan kerusi parlimen dan DUN bertambah terserlah hingga akan berlaku pertandingan pelbagai penjuru seperti yang berlaku di Pilihanraya negeri Sarawak tahun 2016. 

PRN Sarawak telah menyerlahkan betapa teruknya kerjasama di antara DAP dan PKR sehinggakan mereka bertembung di 6 kerusi DUN. Mereka kalah di kesemua kerusi tersebut. Parti cauvinis DAP juga malu besar apabila kalah di kerusi yang dimenangi pada PRN-10 yang lepas. Kerusi-kerusi itu ialah DUN Batu Kawah, Meradong, Repok dan Dudong dan Piasau.

PH akan kalah pada PRU14 kerana rakyat dan penyokong-penyokong pembangkang sudah amat bosan dengan pergaduhan, tikam menikam, korupsi dan salah guna kuasa di dalam pakatan pembangkang terutamanya parti cauvinis DAP.. 

Untuk rekod, parti UMNO memegang kerusi parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau. Kerusi DUN milik UMNO pula ialah Sungai Dua, Permatang Berangan, Penaga, Sungai Acheh, Pinang Tunggal, Pulau Betong, Telok Ayer Tawar, Bertam, Pulau Betong, Bayan Lepas dan Teluk Bahang.

2 kerusi parlimen yang dipertandingi parti UMNO tetapi kalah ialah Permatang Pauh dan Nibong Tebal.