13
Rab, Dis
894 ARTIKEL BARU

Dengan Siapa Yang Rafizi Tak Gaduh...

Editorial
Typography

KANAN, kiri, atas, depan, belakang...semuanya Rafizi Ramli gaduh. Siapa yang tidak pernah bergaduh dengan Naib Presiden PKR ini? Dalam PKR, dia ada kartel yang bertegang urat dengan satu lagi kartel dikepalai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terbaharu, Rafizi berlaga dengan peguam, Datuk S. Ambiga. Isunya kerana Ambiga mengkritik pembangkang yang terus bertelagah menjelang pilihan raya umum akan datang. Bekas pengerusi Bersih 2.0 itu juga dikatakan menggesa PKR supaya terus berunding dengan Pas dan tidak menyokong Pakatan Harapan (PH).

Rafizi yang membalas kritikan Ambiga mendakwa dia tidak tahu-menahu gerak kerja pemimpin PH untuk persiapan pilihan raya, khususnya dalam kawasan yang majoritinya tidak besar.

Ambiga itu sebagai "tidak adil, berat sebelah dan salah faham".

"Saya tidak terkejut (dengan) pandangannya kerana beliau sentiasa menentang Pakatan Harapan dari hari pertama," kata Rafizi.

Dengan siapa lagi Rafizi tak bergaduh? Latheefa Koya dari PKR sendiri?

Mei lalu, Latheefa mengutuk logo PH dimuat turun oleh Rafizi sebagai buruk, jelek dan memalukan.

"You have collected millions from the public and you dare come up with this awful looking design- the cheek! putting it for people’vote? Embarassing!”

Kenyataan Latheefa secara terbuka itu mengundang serangan dari ‘budak-budak’ Rafizi dalam media sosial kerana menuduh sembarangan. Mereka memaki Latheefa sebagai “kaki kecoh, kaki lawyer, kaki skandal,betina sial, poya betina kartel” dan bermacam-macam lagi.

Tindak tanduk Rafizi yang suka bergaduh dengan semua orang dan menganggap dirinya sahaja yang betul memburukkan lagi situasi dalam PH yang sudahpu haru-biru.

Dalam DAP sendiri pun telah ada perpecahan manakala dalam PKR pula bertelagah sesama sendiri. Perangai pelik Rafizi yang kerap mencari salah orang, dirinya sendiri sahaja `berjalan lurus' dan licik mengenakan orang lain, bukanlah sesuatu yang asing.

Seluruh rakyat Malaysia maklum itulah `kecacatan' Rafizi. Dalam kalangan orang Barisan Nasional (BN), Rafizi ini ibarat `sampah' - mengalir dalam sungai, tetapi ada ketikanya `tersekat-sekat' untuk memalitkan bau busuknya semasa `tersekat' di situ.